awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha kerajaan pinda Akta 535 hanya hilangkan keistimewaan Tabung Haji - Asyraf Wajidi

Fareez Azman
Fareez Azman
15/01/2021
05:50 MYT
Usaha kerajaan pinda Akta 535 hanya hilangkan keistimewaan Tabung Haji - Asyraf Wajidi
Ujar Asyraf, di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Tabung Haji adalah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menentang sekeras-kerasnya usaha kerajaan menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan termasuk pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajidi Dusuki, tindakan itu hanya akan menyebabkan keistimewaan Tabung Haji (TH) yang bernilai buat umat Islam sejak ditubuhkan tahun 1963 itu hilang.
"Pemuda UMNO menggesa Yang Berhormat Senator Menteri Agama (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit.
"Bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini akan terus mempertahankan jaminan kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya.
Ujar Asyraf, di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Tabung Haji adalah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
Meskipun jika berlaku keadaan Tabung Haji muflis atau tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit kata Asyraf lagi, kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut.
Justeru, ciri-ciri jaminan menyeluruh yang memberikan kelebihan kepada Tabung Haji itu tegasnya perlu dipertahankan.
"Ini kerana rakyat sudah tentu lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion. Sedangkan jaminan simpanan di bank-bank komersial hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
"Usaha untuk meminda Seksyen 24 Akta 535 ini pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Gobenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak.
"Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman Pakatan Harapan (PH) di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Zeti Akhtar Aziz
#UMNO
#Pemuda UMNO
#Tabung Haji
#Islam
#bank
#Perdana Menteri
#hilang
#kerajaan
#institusi kewangan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan