awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha kerajaan pulihara alam sekitar pada 2019 raih anugerah global

Nailah Huda
Nailah Huda
17/02/2021
07:40 MYT
Usaha kerajaan pulihara alam sekitar pada 2019 raih anugerah global
Melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), pihak berkuasa berjaya menahan 87 penjenayah terlibat dengan kesalahan membabitkan hidupan liar. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Usaha kerajaan Malaysia melindungi alam sekitar berjaya meraih anugerah bertaraf antarabangsa.
Dua inisiatif kerajaan diiktiraf dengan Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia Ke-5 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Interpol dan Pertubuhan Kastam Sedunia untuk mengangkat kejayaan dalam membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan.
Antara inisiatif yang diiktiraf termasuk Kempen Selamatkan Harimau Malaya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilancarkan pada 2019.
“Melalui kempen ini, Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) untuk melindungi harimau Malaya daripada pemburu haram dan meningkatkan pengawalan di kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan media oleh Program Alam Sekitar PBB pada Rabu.
Melalui operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya menahan 87 penjenayah terlibat dengan kesalahan membabitkan hidupan liar manakala 460 jerat dawai untuk tangkapan hidupan liar dimusnahkan.
Selain Perhilitan dan PDRM, beberapa agensi kerajaan lain serta badan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat.
Operasi itu yang berjaya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak meraih anugerah berkenaan dalam kategori ‘Impak’.
Manakala bagi kategori ‘Kolaborasi’, usaha kerajaan membanteras isu sisa plastik pada 2019 turut diiktiraf badan dunia.
Hasil kerjasama antara Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan pihak berkuasa dari United Kingdom, sebanyak 42 kontena mengandungi sisa plastik yang diimport secara haram dipulangkan pada November 2019.
“Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk menangani kebimbangan bahawa negara itu antara pengimport sisa plastik terbesar di dunia,” menurut kenyataan itu.
Susulan kejayaan inisiatif tersebut, lebih 200 kontena sisa plastik telah dipulangkan ke negara asal manakala beberapa kilang pemprosesan sisa plastik berjaya ditutup oleh pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Perhilitan
#Polis Diraja Malaysia
#sisa plastik
#Kempen Selamatkan Harimau Malaya
#MESTECC
#hidupuan liar
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan