Lembaga Keselamatan Belanda memuji pasukan dari Malaysia yang memberikan kerjasama mendapatkan kotak hitam pesawat MH17 dari lokasi ia terhempas yang berada di dalam kawasan bergolak di timur Ukraine, pada 2014.
Penyiasat kanan penerbangan, Gijsbert Vogelaar berkata kotak hitam itu satu bukti yang amat penting kerana ia mengandungi maklumat untuk membantu pihak lembaga dalam siasatan untuk mengenal pasti punca pesawat itu terhempas.
"Wakil Malaysia melaksanakan satu tugas yang cemerlang dalam mendapatkan perakam (kotak hitam) ," katanya kepada wakil media Malaysia di sini dalam satu perjumpaan khas menjelang perbicaraan MH17 yang dijadualkan bermula esok (9 Mac).
Vogelaar berkata beberapa juruterbang dan anak kapal Malaysia Airlines dijemput untuk mendengar rakaman daripada kotak hitam itu bagi membantu siasatan.
"Kemudian kami dibantu oleh seorang lagi kapten Malaysia Airlines untuk mendengar perbualan rakaman itu kerana beliau sendiri mengenali juruterbang terbabit. Ia amat sukar untuk mereka (juruterbang dan anak kapal Malaysia Airlines) untuk mendengar rakaman itu tetapi mereka melakukan tugas mereka dengan baik," kata beliau.
Pasukan yang ditugaskan memasuki lokasi MH17 terhempas di Ukraine untuk mendapatkan kotak hitam itu diketuai Kolonel Mohd Sakri Hussin yang pada masa itu bertugas sebagai Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) .
Kotak hitam itu terdiri daripada dua kotak, satu perakam suara kokpit dan satu perakam data.
Perakam data penerbangan merakamkan aliran maklumat penerbangan sementara perakam suara kokpit merakamkan perbualan dan bunyi lain di dalam kokpit.
Sementara itu, seorang anggota lembaga itu, Marjolein van Asselt berkata hasil siasatan mereka tidak boleh digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan MH17 dan ahli lembaga tidak boleh dipanggil sebagai saksi pakar dalam prosiding perbicaraan.
"Kami ketuai siasatan dan tugas kami sudah selesai. Saya sekarang seorang rakyat biasa apabila perbicaraan bermula. Kami boleh mengikuti prosiding tetapi kami tidak boleh terlibat dalam perbicaraan. Kami telah menterjemahkan mandat kami ke tahap maksimum.
Laporan kami dan hasil siasatan kami tidak boleh digunakan di dalam perbicaraan. Kami berada di sini bukannya untuk dipersalahkan atau sebagai liabiliti," katanya.
Beliau juga berkata perbicaraan itu tidak boleh mengembalikan mereka yang terkorban dalam nahas itu tetapi mengimbau kembali perasaan mereka yang tersayang.
"Bagi saya ia adalah satu perasaan yang bercampur," katanya.
Prosiding jenayah ke atas empat lelaki yang didakwa menembak jatuh pesawat itu akan bermula di Mahkamah Daerah The Hague di Kompleks Kehakiman Schiphol, Badhoevedorp.
Mereka yang bakal didakwa ialah tiga rakyat Rusia Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov dan seorang warga Ukraine Leonid Kharchenko.
Pesawat penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ia ditembak jatuh ketika melalui kawasan bergolak di timur Ukraine. Nahas itu mengorbankan 298 orang termasuk 15 kru pesawat.
-- BERNAMA/Suriati Sidek Ahmad
Bernama
Sun Mar 08 2020
Usaha mencantumkan semula serpihan tubuh pesawat MH17 untuk memahami kejadian sebenar yang berlaku pada 2014. - Gambar fail
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman.
Insiden Pulau Angsa: APMM masih siasat punca kejadian
Maritim Malaysia masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar helikopter jenis AW139 kendalian agensi itu melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor, pada 5 Mac lepas.
Dakwaan pesawat terhempas di Klang tiada kotak hitam dirujuk kepada CAAM - KPN
Siasatan berkaitan dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, tidak dilengkapi kotak hitam dan perakam data penerbangan diserahkan kepada CAAM.
Nahas Yeti Airlines: Kotak hitam akan diperiksa di Singapura
Pasukan siasatan Nepal akan berlepas ke Singapura pada Jumaat dan proses pemeriksaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pesawat terhempas di Nepal: Dua kotak hitam, satu lagi mayat ditemukan
Dua kotak hitam milik pesawat Yeti Airlines ANC ATR 72 dan satu lagi mayat ditemukan di lokasi nahas pada Isnin, menjadikan angka kematian terkini kepada 69 orang.
Kotak hitam pesawat terhempas di Nepal ditemui
Penemuan tersebut bakal membantu pasukan penyiasat menentukan punca penerbangan itu terhempas.
Nahas China Eastern Airlines: Operasi mencari kotak hitam kedua diteruskan
Pihak berkuasa China meneruskan operasi mencari kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang terhempas di selatan China Isnin lalu.
Nahas MU5735: Media China tarik balik laporan 'kotak hitam kedua ditemukan'
Berita 'penemuan' kotak hitam kedua itu pertama kali dilaporkan pada Jumaat oleh CAAC News, sebuah akhbar dikendalikan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China.
Nahas China Eastern Airlines: Kotak hitam dari pesawat ditemui
Penyiasat penerbangan China mengesahkan telah menemui kotak hitam menyimpan suara kokpit pesawat dan data penerbangan China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu, lapor portal berita Xinhua.