awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha remaja hargai kemerdekaan berbaloi

Bernama
Bernama
12/09/2013
10:23 MYT
Usaha remaja hargai kemerdekaan berbaloi
Amir Aiman Shamsuri, 16, sentiasa menanti-nantikan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara setiap tahun.
Setiap kali menjelang bulan Ogos, remaja ini akan menghiasi kediaman datuknya di Kampung Parit Raja Darat di sini, demi perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air ditambah rasa kagum dengan pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Tahun ini, hasil kerjanya menghiasi rumah datuknya, Sarip Jonir, 74, membuahkan hasil.
Hiasan yang dilakukan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Batu Pahat itu, membolehkan datuknya memenangi hadiah utama RM1,000 kategori individu (kediaman) Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan peringkat negeri anjuran Jabatan Penerangan Johor.
Ketika ditemui pemberita semasa menemani datuknya menerima hadiah itu, Amir Aiman berkata dia dan datuknya mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuat replika bangunan KLCC daripada 2,000 botol plastik dan membalutnya dengan Jalur Gemilang.
Pertandingan itu menyaksikan lapan kategori dipertandingkan iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, pintu gerbang dan anjung komuniti 1Malaysia.
Penilaian dibuat berdasarkan tiga aspek iaitu kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah.
Pemenang peringkat negeri akan mewakili Johor bertanding di peringkat kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan