awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha tangani koronavirus selaras Maqasid Syariah - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
03/02/2020
14:23 MYT
Usaha tangani koronavirus selaras Maqasid Syariah - Dr Dzulkefly
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) ketika sidang media mengenai situasi terkini jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani jangkitan penyakit yang berlaku di negara ini termasuk novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) adalah selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kerana langkah itu adalah selaras dengan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
"Daripada kelima-lima prinsip tersebut KKM telah memainkan peranan utama secara langsung dalam mencapai matlamat ke arah kesejahteraan nyawa, akal dan keturunan.
"Manakala KKM juga memberi impak secara tidak langsung kepada kesejahteraan agama dan harta. Oleh itu, KKM telah memainkan peranannya dalam menjaga kesemua lima matlamat Maqasid Syariah sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika berucap pada Dialog Awam Maqasid Syariah KKM di sini hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
BACA: Kesiapsiagaan negara tangani isu koronavirus pada tahap terbaik - Dr Dzulkefly
Beliau berkata dalam menjaga nyawa, KKM sentiasa proaktif dan komited menangani jangkitan penyakit yang berlaku di negara ini.
"Terbaharu dalam menghadapi jangkitan 2019-nCoV yang sangat merbahaya, KKM mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau semua hospital bagi menangani dan memastikan penularan virus ini terkawal," katanya lagi.
Tambah Dr Dzulkefly, sebelum 2019-nCoV, KKM menangani denggi, keracunan makanan dan jangkitan influenza.
Sehingga hari ini, lapan warga China yang berada di Malaysia disahkan positif 2019-nCoV yang dikategorikan sebagai darurat kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau berharap KKM menerapkan konsep Rahmatan Lil Alamin dalam pentadbiran dan dasarnya.
Jelas beliau KKM sangat rapat dengan falsafah Rahmatan Lil Alamin kerana bertanggungjawab menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Hubei
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#koronavirus
#Maqasid Syariah
#Menteri Kesihatan
#novel koronavirus
#wirus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan