Produk dan perkhidmatan usahawan di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berpotensi besar menembusi pasaran luar, terutama rantau Asia.

Purata 40 peratus penduduk, terutamanya membabitkan negara Asia, terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana yang bersesuaian dengan hasil produk yang ditawarkan.

Usahawan juga tidak perlu bimbang mengenai dana untuk mengembangkan perniagaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Bercakap pada Majlis Anugerah Usahawan MARA di ibu negara pada Khamis, Ismail menyeru para usahawan agar sentiasa meletakkan sasaran menembusi pasaran antarabangsa.

Sejak penubuhannya 50 tahun lalu, MARA telah melahirkan lebih sejuta usahawan dengan jumlah modal pusingan ganti sebanyak RM2.5 billion.

Ia sekaligus menyumbang kepada pembentukan 70 peratus masyarakat kelas menengah Bumiputera.