BUTTERWORTH: Tanggal 31 Mac merupakan ulang tahun ke-110 kelahiran Annamah Abukutty namun usia bukan penghalang untuk wanita tertua di Malaysia itu terus menabur bakti kepada masyarakat.
Dilahir dan dibesarkan di Thachambadi, India, Annamah membawa bersama ilmu serta pengalaman berkaitan herba tradisional India semasa berhijrah ke Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Annamah kini menetap di Batu Gajah, Perak bersama kaum keluarganya yang terdiri daripada empat anak, 17 cucu dan tujuh cicit.
Anak lelakinya, M. Subramanian, 73, berkata meskipun sudah berusia lanjut dan agak uzur, penduduk kampung yang tinggal berhampiran serta pesakit sering mengunjungi beliau bagi mendapatkan nasihat untuk hidup lebih lama.
Selain perubatan herba, beliau berkata penduduk kampung sering mendapatkan khidmat ibunya sebagai bidan serta dalam bidang refleksologi dan tatu.
"Dia terkenal dengan panggilan Patti Annamah," katanya kepada pemberita di sini.
Annamah kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda manakala mata kirinya hampir buta namun masih mampu bertutur dengan baik dalam Bahasa Tamil dan Melayu malah ingatannya masih tajam.
Subramanian berkata rahsia usia panjang ibunya termasuk berpuasa dan mengamalkan meditasi serta pengambilan herba yang ditanam sendiri.
Beliau berkata ibunya amat konsisten dengan rutin itu untuk membersihkan tubuh daripada toksin dan menjaga kesihatan.
"Dia juga berpuasa setiap Isnin bagi membuang toksin dalam tubuh namun amalan itu dihentikan kira-kira 15 tahun lepas," katanya.
Cucu Annamah, S. Ezhilan yang berusia 41 tahun pula berkata herba dan perubatan tradisional yang digunakan neneknya boleh didapati dalam bentuk produk kesihatan di pasaran.
Ezhilan, yang melancarkan cawangan baharu It's Super Solution Sdn Bhd di Jalan Raja Uda di sini semalam, mula menjual produk kesihatan yang boleh dimakan untuk lelaki dan wanita selain minyak urut.
"Bahan kesemua produk ini diperbuat daripada herba tradisional yang dikutip sendiri oleh nenek dan ahli keluarga saya," katanya.
Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records (MBOR) Christopher Wong hadir di cawangan itu untuk menyampaikan sijil rasmi MBOR kepada Annamah yang mengiktiraf beliau sebagai wanita tertua di Malaysia.
Wong berkata majlis penyerahan sijil itu diadakan sempena ulang tahun ke-110 kelahiran Annamah.
Beliau juga berkata sijil sama disampaikan kepada Annamah tahun lepas di ibu pejabat MBOR di Kuala Lumpur.
"Saya dimaklumkan bahawa beliau kini merupakan rakyat Malaysia tertua yang masih hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Annamah menyambut hari jadinya yang ke-110 bersama ahli keluarganya di Butterworth, 31 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Polis edar fotofit suspek simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
Usia bukan penghalang wanita tertua Malaysia terus tabur bakti kepada masyarakat
Dilahir dan dibesarkan di Thachambadi, India, Annamah membawa bersama ilmu serta pengalaman berkaitan herba tradisional India semasa berhijrah ke Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua meletus.