awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram

Bernama
Bernama
19/05/2024
14:49 MYT
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Mohd Fared berkata langkah itu diambil bagi memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara di negeri ini. - Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata langkah itu diambil bagi memastikan kesucian agama Islam terus terpelihara di negeri ini.
"Kita akan bagi tumpuan tambahan (di Ulu Tiram), tapi tidak bermaksud di lokasi lain kita kurangkan pemantauan," katanya kepada pemberita di Kota Iskandar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri dalam mengekang ajaran sesat di Johor.
Mohd Fared berkata sehingga kini, Jawatankuasa Khas JAINJ dan Jabatan Mufti Negeri Johor sentiasa memantau laporan daripada mana-mana pihak mengenai ajaran sesat di negeri ini.
"Memang ada jawatankuasa khas untuk memantau ajaran sesat melibatkan dua jabatan ini, semua keputusan akan dibawa kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
"Setiap laporan yang diterima akan disiasat dan disemak sebelum diputuskan sama ada ajaran terbabit songsang atau tidak. Jadi, orang awam jangan risau," katanya.
Ditanya mengenai bilangan madrasah yang terletak di kawasan Ulu Tiram, Mohd Fared memaklumkan terdapat empat madrasah beroperasi di kawasan berkenaan.
"Setakat ini, Madrasah Abu Ayyub Al-Ansari dan Maahad Tahfiz Riyadhus Solihin berdaftar, manakala Maahad Tahfiz Ar-Rayyan dan Madrasah Al Quran Al Irsyad Sungai Tiram belum memperbaharui pendaftaran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAINJ
#ajaran sesat
#orang awam
#Jabatan Mufti Negeri Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan