awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
Deretan kedai di Taman Medan musnah terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak

Bernama
Bernama
20/05/2024
21:15 MYT
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee yang popular dengan gelaran 'Cina Ah Pek' berkata, menerusi kejohanan itu beliau berjaya mendapat enam kemenangan podium dengan tiga daripadanya adalah johan, dua kali naib johan dan sekali tempat ketiga. - Gambar Bernama
KOTA TINGGI: Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
Warga emas berusia 86 tahun itu berkata, kejohanan Ironman pertama yang disertainya adalah di Kona, Hawaii pada tahun 1995 ketika berumur 58 tahun, manakala kejohanan terakhir di Langkawi, Kedah pada tahun lepas.
"Saya telah menyertai 21 kejohanan Ironman di seluruh dunia dan berjaya menghabiskan 16 daripadanya. Jika tidak terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal tahun lepas, sudah pasti saya sertai Ironman ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di reruai jualan buku sempena Ironman 70.3 Desaru Coast di sini pada Isnin.
Yee yang popular dengan gelaran 'Cina Ah Pek' dalam kalangan penggiat sukan lasak berkata, menerusi kejohanan itu beliau berjaya mendapat enam kemenangan podium dengan tiga daripadanya adalah johan, dua kali naib johan dan sekali tempat ketiga.
"Pada mulanya, saya tidak minat dengan sukan lasak seperti ini, tetapi apabila mendapat nasihat doktor untuk aktif bersukan akibat masalah kesihatan, saya mula melibatkan diri sebelum semakin 'jatuh cinta' dengan sukan ini.
"Walaupun dikatakan terlambat dan ramai tidak yakin dengan kemampuan saya, saya bertekad untuk melakukannya. Semoga ini menjadi pembakar semangat kepada anak-anak muda yang ingin menceburi perlumbaan sukan lasak ini," katanya.
Selain kejohanan Ironman, anak kelahiran Sentul, Kuala Lumpur itu berkata, beliau telah menyertai 41 acara larian dan berjaya menamatkan 37 daripadanya serta mendapat 10 kejayaan podium.
Malah veteran Ironman itu juga telah menyertai lebih 200 acara sukan triathlon bertaraf Olympic Distance.
Mengulas berhubung dua buku yang dihasilkan daripada pengalaman menyertai pelbagai aktiviti sukan lasak pada usia emas, Yee berharap ia dijadikan panduan kepada peminat sukan tersebut.
"Banyak pengalaman manis sepanjang terlibat dalam aktiviti Ironman sehingga dua buku iaitu 'The Bumble Bee in Me' dan 'The Unexpected Finisher' dihasilkan untuk bacaan umum," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yee Sze Mun
#Ironman
#usia bukan penghalang
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan