awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

USJT Bukit Aman ambil alih kes bunuh lelaki di Ipoh

Bernama
Bernama
03/07/2025
06:50 MYT
USJT Bukit Aman ambil alih kes bunuh lelaki di Ipoh
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata hasil siasatan mendapati kes itu mempunyai hubung kait dengan sindiket jenayah terancang. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 57 tahun yang ditemukan dengan kesan tikaman dan tembakan di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini pada 24 Jun lepas.

Ringkasan AI
  • Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes bunuh lelaki 57 tahun di Taman Tasek Damai kerana disyaki berkaitan sindiket jenayah terancang antarabangsa.
  • Polis Perak bekerjasama dengan ASEANAPOL dan Interpol selepas siasatan mendapati kes melibatkan unsur jenayah rentas sempadan.
  • Anak mangsa yang sebelum ini ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata hasil siasatan mendapati kes itu mempunyai hubung kait dengan sindiket jenayah terancang.
"Kita juga turut meminta kerjasama daripada Polis ASEAN (ASEANAPOL) dan Polis Antarabangsa (Interpol) serta pelbagai pihak bagi membantu siasatan.
"Pada mula, siasatan ia adalah local crime tetapi siasatan selanjutnya ia membabitkan soal sempadan luar negara yang mempunyai kaitan dengan jenayah terancang," katanya selepas merasmikan Program Derma Darah Polis Perak sempena Peringatan Hari Polis ke-218 Tahun 2025 di sini hari ini.
Noor Hisam berkata anak lelaki mangsa berusia 31 tahun yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat Selasa lepas.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman turut didapati mempunyai kesan luka tembakan di dada kiri yang dipercayai menjadi punca kematiannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Unit Siasatan Jenayah Terkelas
#kes bunuh lelaki
#Taman Tasek Damai
#sindiket jenayah terancang antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan