KEPALA BATAS: Usahasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan komuniti di Pinang Tunggal menerusi Projek Pemerkasaan Tanaman Integrasi Cendawan Volvariella atau cendawan sawit dapat membantu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk kampung.
Projek inisiatif Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM itu telah pun dimulakan sejak September tahun lepas di ladang kelapa sawit Pinang Tunggal, melibatkan 30 penduduk Kampung Tok Bedu dan Kampung Kubang Menerong yang majoritinya merupakan suri rumah dan ibu tunggal.
Ketua Penyelidik Program Cendawan Volvariella, Dr. Jacquelina Karimon berkata tanaman itu dipilih kerana ia bukan saja mudah, murah dan senang untuk diusahakan tetapi pada masa sama mampu menjana hasil sehingga puluhan ribu ringgit sebulan di samping mendapat permintaan tinggi di pasaran.
"Projek ini mudah kerana hasilnya boleh dituai dalam tempoh singkat yang mana sebelum ini kita mampu jana RM10,000 menerusi tiga peringkat tuaian dalam sebulan. Peringkat pertama kita telah peroleh RM2,000, peringkat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000 yang mana sekali tuaian boleh mencecah sehingga 40 kilogram cendawan.
"Jadi, ia amat sesuai kepada pekebun kecil yang menanam tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan pisang dan boleh menjadikan tanaman ini sebagai tanaman integrasi kedua yang memaksimumkan penggunaan tanah, seterusnya membantu komuniti mendapatkan pendapatan segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Libatsama Pemerkasaan Komuniti Cendawan Volvariella 2024 di sini, semalam, yang dirasmikan Pengarah Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Dr. Ainul Mohsein Abdul Mohsin.
Jacquelina berkata tanaman cendawan Volvariella masih baharu di negara ini dan berdasarkan kajian yang dibuat hanya menemui satu lokasi penanaman secara komersial di negeri Kedah dan kawasan Pinang Tunggal merupakan yang pertama di Pulau Pinang.
Menurutnya, cendawan Volvariella yang ditanam itu juga bebas bahan kimia kerana tidak memerlukan penggunaan bahan tersebut untuk membantu proses pertumbuhan malah ia lebih segar apabila dibiarkan di bawah cahaya semula jadi.
"Ada tiga bahan medium yang boleh digunakan untuk tanam cendawan ini iaitu tandan sawit, jerami padi dan daun pisang tetapi di sini kita pilih tandan sawit. Proses tanamannya juga amat mudah hanya dengan menabur biji benih ke atas tandan yang telah dikompos dan hasil dapat dituai selepas 14 hari," katanya.
Berbeza dengan cendawan tiram, Jacquelina berkata cendawan Volvariella mempunyai aroma dan rasa yang lebih kuat membuatkan ia sesuai untuk diproses sebagai perisa tambahan di samping mempelbagaikan kegunaannya, sebagai contoh inovasi produk makanan berasaskan cendawan seperti serunding.
Mengenai perancangan jangka masa panjang, Jacquelina berkata pihaknya akan berusaha memperluaskan lagi projek tanaman cendawan itu dengan meneroka lebih banyak kawasan yang sesuai di daerah Seberang Perai Utara (SPU).
"Kita juga akan bekerjasama dengan pensyarah lain yang mempunyai latar belakang biologi kimia untuk menghasilkan benih sendiri yang lebih berkualiti dan tahan sebab cendawan ini mudah rosak. Selain itu, kita juga merancang untuk buat kit tanaman supaya semua orang boleh tanam sendiri di rumah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Bedu, Zulkifli Saad berkata hasil daripada penanaman cendawan tersebut telah berjaya menambah pendapatan perserta dan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi masing-masing.
"Setakat ini, hasil yang kita tuai tak sempat nak dipasarkan ke luar sebab dalam kalangan penduduk sendiri pun sudah dapat permintaan tinggi dan kadangkala tak cukup.
"Sekarang kita ada lebih kurang tujuh batas (tanaman cendawan) yang mana setiap batas adalah sepanjang 100 kaki (30.4 meter). Kita harap tanaman ini dapat diperluaskan supaya dapat bantu lebih ramai penduduk dalam kalangan B40 untuk menjana pendapatan tambahan,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Spesis cendawan Volvariella yang terdapat di kebun cendawan volvariella yang diusahakan di ladang kelapa sawit Pinang Tunggal, Kepala Batas, 2 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
USM bantu perkasa sosioekonomi masyarakat menerusi tanaman Cendawan Volvariella
Cendawan Volvariella dipilih kerana ia bukan saja mudah, murah dan senang untuk diusahakan, tetapi juga mampu menjana hasil lumayan.