MALAYSIA
USM perluas Menu Rahmah tangani kesan SST terhadap kos sara hidup pelajar

HEPA dengan kerjasama MPP menjalankan kajian bagi mengenal pasti barangan dan perkhidmatan yang memberi kesan langsung kepada pelajar. - Foto USM
KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil beberapa langkah segera dan proaktif bagi menangani kesan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap kos sara hidup pelajar, khususnya dalam kalangan pelajar B40.
Ringkasan AI
- Inisiatif seperti Menu Rahmah di semua kafeteria dan penambahan barangan harian dalam Food Bank USM dilaksanakan untuk meringankan beban pelajar kurang berkemampuan.
- USM mengingatkan pengusaha kafeteria agar tidak menaikkan harga makanan dan turut memberi fokus kepada pelajar luar kampus (PETAS) agar mereka menerima manfaat bantuan.
- Bahagian HEPA dan MPP menjalankan kajian terhadap kos harian seperti makanan, cetakan, e-hailing dan lain-lain untuk merangka pelan tindakan jangka panjang yang lebih menyeluruh.
“Kami juga memperluaskan perkhidmatan Food Bank USM dengan penambahan barang keperluan harian untuk membantu pelajar yang mengalami kekangan kewangan.
“Usaha ini amat penting untuk memberi kelegaan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, terutama dalam suasana ekonomi semasa yang mencabar.
“USM komited untuk memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara, dan pelbagai bentuk bantuan akan disediakan secara bersasar kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” ujar beliau menerusi kenyataan pada Jumaat.
Pada masa sama, USM juga telah mengingatkan pengusaha kafeteria supaya tidak menaikkan harga makanan, memandangkan mereka masih terikat dengan syarat kontrak sedia ada sebelum pelaksanaan SST.
Fokus turut diberikan kepada Pelajar Luar Kampus (PETAS) agar mereka turut menerima manfaat daripada bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan pihak universiti.
Dalam jangka panjang, pihak universiti sedang menilai semula kadar sewa premis perniagaan dalam kampus supaya tidak membebankan peniaga dan sekali gus mengelakkan kenaikan harga makanan.
Sementara itu, Bahagian HEPA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga menjalankan kajian bagi mengenal pasti barangan dan perkhidmatan yang memberi kesan langsung kepada pelajar.
“Antara yang dalam kajian kami termasuk harga makanan, caj cetakan dan fotostat, tambang e-hailing, serta perbelanjaan harian lain.
“Hasil kajian ini akan digunakan untuk merangka pelan tindakan yang lebih menyeluruh,’ katanya.
Katanya usaha yang dilakukan juga mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memastikan kebajikan pelajar terus diberi keutamaan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami