awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil imej lucah akan dijadikan kesalahan jenayah di UK
FLYSiswa 2026 diperluas, empat kategori baharu manfaatkan lebih 60,000 pelajar
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Sabah

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2025
10:15 MYT
Annuar Musa dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Sabah
Tan Sri Annuar Musa menerima watikah pelantikan daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas, hari ini. - Foto FB Annuar Musa.
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, hari ini mengumumkan pelantikannya sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Sabah dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat.

Ringkasan AI
  • Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Sabah dan AJK Pas Pusat, serta memegang jawatan penting lain termasuk Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
  • Pelantikan ini disahkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan dilihat memperkukuh peranan Annuar dalam jentera politik Pas menjelang PRN Sabah ke-17 selepas beliau menyertai Pas pada Jun 2023.
  • Annuar menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia bersatu bersama Pas, memperjuangkan kestabilan politik dan Malaysia yang lebih baik, sambil menzahirkan sokongan terhadap perjuangan Islam untuk semua kaum dan bangsa.

Menurut Annuar, beliau turut dilantik jawatan penting yang lain seperti Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat dan Timbalan Pengerusi Lajnah Pilihan Raya dan Latihan Politik.
Katanya, watikah pelantikan itu diserahkan sendiri oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pada satu majlis di Ibu Pejabat Pas, pagi tadi.
“Saya dengan ikhlas menerima amanah ini serta akan berkhidmat sebaik mungkin kepada parti dengan berpegang teguh kepada tanggungjawab memperkasa perjuangan orang Melayu dan umat Islam dalam negara majmuk berbilang bangsa dan agama,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Beliau turut menzahirkan kesyukuran atas istiqamah Pas yang terus berjuang atas dasar Islam untuk semua kaum dan bangsa.
Menurutnya, Pas kekal memimpin dengan semangat perpaduan dan kesatuan yang menjadi asas kepada kestabilan politik negara.
“Sebagai parti tunggal terbesar di Parlimen Malaysia ketika ini, saya berharap dan mengajak seluruh umat Islam khasnya dan rakyat amnya agar bersatu serta teguh bersama Pas memperjuangkan Malaysia yang lebih baik, insya-Allah,” katanya lagi.
Pelantikan Annuar dilihat memperkukuh peranan beliau dalam jentera politik Pas selepas meninggalkan UMNO pada 2022 dan menyertai perjuangan blok Perikatan Nasional.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Annuar menyertai parti itu pada 10 Jun 2023.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa pada 6 Oktober sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#PRN Sabah
#Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Sabah
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan