BUDI95: Tiada kes manipulasi meter stesen minyak, KPDN sentiasa pantau - Armizan

Armizan berkata sepanjang tempoh dua tahun antara 2024 dan 2025, hasil rampasan dan penalti bagi kes penyeludupan merekodkan sebanyak RM15.5 bilion. - Foto KPDN
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan tiada kes atau aduan diterima berkaitan dakwaan manipulasi meter pam oleh pengendali stesen minyak bagi program subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95).
Ringkasan AI
- Tiada kes manipulasi meter pam dilaporkan dalam program subsidi bersasar BUDI95, menurut KPDN, yang memantau transaksi secara masa nyata bersama Kementerian Kewangan.
- Kerajaan komited mengekang ketirisan subsidi dan bertindak tegas terhadap penyeludupan dan penyelewengan, dengan hasil rampasan dan penalti mencecah RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun.
- Program BUDI95 membolehkan 16 juta rakyat Malaysia membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter, lebih rendah daripada harga subsidi pukal RM2.05, sebagai langkah mengurangkan beban kos sara hidup.
“Jadi kalau ada lagi mana-mana pihak yang meneruskan tindakan mengambil kesempatan daripada penyaluran subsidi kepada rakyat ini, kita akan mengambil tindakan yang cukup tegas,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, komitmen kerajaan dalam memastikan tadbir urus subsidi yang telus diterjemah melalui tindakan agresif terhadap penyeludupan dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Papar itu berkata sepanjang tempoh dua tahun antara 2024 dan 2025, hasil rampasan dan penalti bagi kes penyeludupan merekodkan sebanyak RM15.5 bilion.
"Bayangkan betapa besarnya kartel sindiket yang telah memanipulasi keadaan untuk mendapat keuntungan dengan mengelak daripada membayar cukai.
"Jadi ini antara komitmen tatakelola dan ketegasan Kerajaan MADANI pada hari ini," ujar Armizan.
Bermula 30 September, BUDI95 diperluas kepada semua 16 juta rakyat Malaysia yang layak, dengan sistem pengesahan MyKad.
Menerusi program itu, semua rakyat Malaysia yang layak akan dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.
Harga baharu ini adalah lebih rendah berbanding harga bersubsidi pukal sedia ada iaitu RM2.05 seliter, satu langkah yang bertujuan membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat secara langsung.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami