awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2023
03:58 MYT
Ustaz Abdullah Khairi  dakwa digam daripada program ceramah
Hantaran di Instagram Abdullah Khairi hari ini yang mendakwa beliau disekat daripada menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang dijadual berlangsung di Masjid Kampung Baru esok. - Foto Instagram abdullahkhairi_official
SHAH ALAM: Penceramah bebas, Abdullah Khairi Harun mendakwa beliau disekat untuk menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlangsung di Masjid Kampung Baru pada 1 Februari ini.
Perkara itu dikongsikan Abdullah Khairi di Instagramnya pada Selasa dengan memaparkan poster beliau dipangkah.
Menerusi poster tersebut, program itu turut menjemput penceramah lain seperti Haslin Baharin yang dikenali sebagai ustaz Bollywood dan Datuk Mohd Izhar Arif Kashim dan dihoskan Zakaria Othman.
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.
Beliau juga sempat menyindir pihak terlibat yang disifatkan takut kepada bayang-bayang, bagaimanapun tidak menyatakan sebab dirinya disekat.
"Dua program dah kena gam! Haaaa takut pada bayang bayang. Dua bulan aku di Mekah (Rezeki itu tetap ada, biarpun bukan di Malaysia, namun di negara luar iaitu Arab Saudi).
"Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur (KL) dan Masjid Al Najihin KL - bye bye (selamat tinggal)!," katanya. - Sinar Harian
View this post on Instagram
A post shared by Abdullah Khairi (@abdullahkhairi_official)
Topic Berkaitan
#Ustaz Abdullah Khairi
#penceramah bebas
#digam
#Forum Perdana Ehwal Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan