PASIR MAS: Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.
Syamsul Zaman Sukri, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy, yang dijalankan secara dalam talian bagi membendung penularan COVID-19.
Mengikut kertas pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa dengan maksud seksual meraba bahagian kemaluan remaja itu di sebuah bilik tidur di sebuah rumah di Tanah Merah, dalam kejadian jam 9.45 pagi, 3 Ogos lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
BACA: Mahkamah: "Ustaz Budak" didakwa cabul lelaki
Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar memohon supaya tidak dibenarkan jaminan berikutan ia melibatkan kes cabul terhadap remaja bawah umur, manakala tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser Amri merayu agar anak guamnya diberi jaminan yang rendah.
Mahkamah memutuskan tiada jaminan ditawarkan dan menetapkan 19 Sept depan bagi sebutan semula kes serta laporan perubatan mangsa.
Sebelum ini Syamsul Zaman pernah didakwa dengan 12 kes yang membabitkan jenayah seksual namun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu dan ia masih di peringkat perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Mahkamah memutuskan tiada jaminan ditawarkan dan menetapkan 19 Sept depan bagi sebutan semula kes serta laporan perubatan mangsa. - Gambar fail/ Bernama
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
'Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan
Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun.
Kelucahan melampau: 'Ustaz Budak' akhirnya ke penjara
Ustaz Budak akhirnya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman.
'Ustaz Budak' didakwa lagi kes cabul remaja lelaki
Seorang mudir pondok yang juga penceramah bebas lebih dikenali sebagai 'Ustaz Budak' didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencabul seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.