KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memohon bantuan untuk mengubati penyakit yang dialaminya sejak lapan bulan lalu.
Dalam satu muat naik di laman media sosial Facebook, individu yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim itu mendedahkan gambar sebelah tangan dan wajahnya ditumbuhi beberapa ketulan kecil berwarna hitam yang turut sama ada di seluruh badannya.
"Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan, saya rasa tidak boleh lagi sembunyikan daripada orang ramai.
'Ini keadaan wajah saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak ramai, bukan hanya di wajah tetapi di seluruh badan dan ia boleh terjadi luka sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.
"Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu dan rendah diri sangat-sangat, sebab itu saya siarkan lengan sebagai kiasan pada badan saya," katanya pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ustaz Kazim menceritakan beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.
Tambahnya, rasa sakit, gatal dan pedih serta pelbagai perasaan yang terjadi kepada dirinya itu tidak boleh disorok lagi apabila tidurnya turut terganggu sejak berbulan lepas.
Beliau turut bimbang penyakitnya itu akan membuatkan beliau mengundurkan diri daripada berdakwah walaupun masih menerima jemputan ceramah dan program.
"Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung. Walaupun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu, saya tabahkan hati sebab saya tahu ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.
"Terima kasih menawarkan bantuan dan nasihat kepada saya, saya telah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah SWT. Mungkin ada dalam kalangan tuan dan puan yang boleh membantu saya.
"Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda," ujarnya.
Afiezy Azaman
Wed May 18 2022

Beliau turut bimbang penyakitnya itu akan membuatkan beliau mengundurkan diri daripada berdakwah walaupun masih menerima jemputan ceramah dan program. - Foto Facebook/@ustazmohdkazim

Ibadah Korban | JPV Terengganu sasar 8,000 haiwan ternakan disembelih
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JPV, Negeri Terengganu mensasarkan sebanyak 8,000 ekor haiwan ternakan bagi ibadah korban Hari Raya Aidiladha tahun ini. Pengarahnya Dr Anum Man berkata sejak 26 Jun sehingga selasa lalu JPV telah meluluskan hampir 3 ribu permit sembelih korban.

Tular cuba culik murid sekolah, penganggur dipenjara dua tahun.
Seorang penganggur yang cuba menculik seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dalam satu kejadian tular sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah majistret Johor Bahru pada Khamis.

MA63 | Tidak perlu ada perjanjian baharu
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee berpendapat, tiada keperluan untuk membuat perjanjian baharu sebaliknya merealisasikan hak dan perkara yang dimeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

RoS | Keputusan mohon pindaan perlembagaan UMNO sebelum 16 Julai
Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini. Perkara itu dimaklumkan oleh RoS dalam kenyataan ringkas kepada Bernama hari ini.

MA63 | Beri kemajuan & peruntukan setara
Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak akan timbul sekiranya Sabah dan Sarawak menerima peruntukan dan kemajuan setara dengan negeri-negeri di Semenanjung. Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata sehubungan itu, dua perkara tersebut perlu ditunaikan kerajaan pusat selari dengan semangat pembentukan Malaysia.

Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA
Tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air.

Banjir Baling: Mangsa reda tiada sambutan Hari Raya Aidiladha
Bukan hanya persiapan raya musnah, bahkan, ada juga rumah yang lenyap dibawa arus deras.

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.

Musim Haji 1443H | Ibadah Wukuf: Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji iaitu wukuf. Kemudian akan melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di sana. Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan Jurukamera Ruzi Mat Saman berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

Ustaz Kazim mungkin kena ekzema - Pakar kulit
Dr Low Bin Tick menyarankan supaya pendakwah itu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik kulit berhampiran.

Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital
Doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.

Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.

Ustaz Kazim dibenarkan keluar dari hospital
Adiknya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.

Ustaz Kazim dimasukkan semula ke hospital
Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukkan semula ke sebuah hospital swasta di sini semalam.

'Jika ini layanan kepada saya tak mengapalah...'
Mohd Kazim kelihatan kecewa apabila sehingga kini kerajaan negeri masih belum menghubunginya dalam proses mengambil alih pusat tahfiz tersebut.

Kerajaan PH disaran teruskan dasar pendidikan tahfiz negara
Dasar yang telah dirangka kerajaan terdahulu itu juga dilihat mampu memberi jaminan masa depan lebih baik kepada anak-anak tahfiz.

Ustaz Kazim bantu warga emas bertemu jodoh
Hussain Abdul Rahman, 84, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Kamsiah Adam, 66, pada majlis yang berlangsung di surau pusat pendidikan berkenaan hari ini.

Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.