Ahli keluarga ustazah yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas berharap Nurfarhana Ibrahim berada dalam keadaan selamat dan segera ditemukan.
Kakak ipar Nurfarhana, Madihah Zawawi ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan mereka sekeluarga bimbang dengan keadaan adik iparnya itu.
Madihah berkata, setakat ini keluarganya dan pihak berkuasa masih meneruskan pencarian adik iparnya itu dan berharap Nurfarhana dapat ditemui dalam masa terdekat.
BACA: Ustazah sekolah dikhuatiri hilang
Ujarnya, ketika ini pihak sekolah, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) turut berusaha mencari Nurfarhana.
Difahamkan suami wanita itu memaklumkan isterimya pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.
"Buat masa ini, fokus kami adalah untuk mencari Nurfarhana, dan kami mohon agar semua pihak sama- sama berdoa dan melakukan solat hajat memohon agar adik kami ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
Dalam pada itu, Madihah memohon supaya keluarganya diberi ruang privasi untuk mereka bertenang susulan kehilangan adik iparnya itu.
Menurut Madihah, adik iparnya itu sudah lama mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dan sering berulang alik dari rumahnya di Alor Setar ke Balik Pulau.
Media sebelum ini melaporkan Nurfarhana dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.
Pemeriksaan mendapati semua barangan peribadi Nurfarhana seperti beg duit dan kunci kereta masih berada di atas mejanya di bilik guru sekolah berkenaan.
Astro Awani
Thu Jan 17 2019

Madihah berkata ,setakat ini keluarganya dan pihak berkuasa masih meneruskan pencarian adik iparnya itu dan berharap Nurfarhana dapat ditemui dalam masa terdekat. - Foto Astro AWANI

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.

Continental tutup kilang di Alor Setar akhir tahun ini, 950 pekerja terjejas
Continental akan menghentikan operasi pengeluaran tayar di kilangnya di Alor Setar, menjelang akhir tahun ini, dengan seramai 950 pekerja terjejas akibat langkah berkenaan.

Terminal Bas Shahab Perdana dijangka beroperasi 1 Mei
Fasa kedua naik taraf, dijadualkan tahun depan, akan melibatkan pembinaan lot perniagaan, hotel bajet, dan gerai makan.

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.

Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.