awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul tuntutan Sulu: Khalid gesa Speaker yakin menteri boleh jawab tanpa dedah strategi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/07/2022
05:15 MYT
Usul tuntutan Sulu: Khalid gesa Speaker yakin menteri boleh jawab tanpa dedah strategi
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata menteri yang bertanggungjawab semestinya berwibawa dan memahami soalan yang dibangkitkan berhubung tuntutan waris Sultan Sulu. - Gambar Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun perlu meletakkan keyakinan kepada Ahli-Ahli Parlimen dalam mengemukakan pandangan dan jawapan berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu, jika usul tersebut dibahaskan di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, menteri yang bertanggungjawab juga semestinya berwibawa dan memahami soalan yang dibangkitkan selain mampu memberikan penjelasan tanpa mendedahkan strategi perundangan kerajaan.
Menurut beliau, isu berhubung tuntutan waris Sultan Sulu bersifat kepentingan awam dan Dewan Rakyat merupakan platform terbaik untuk mendapatkan penjelasan.
"Semalam Speaker sebut tak mahu dibahas isu sulu kerana tidak mahu dedahkan strategi kita kerana peraturan litigasi pertama ialah unsur kejutan.
"Saya nak jelaskan bahawa mungkin Tuan Speaker tersilap, bukan nak menteri dedahkan strategi, tetapi kita nak penjelasan mengenai fakta berhubung kes.
"Saya rasa pelik di mana ahli Kabinet dan backbencher menyokong kenyataan Speaker sedangkan kita sebagai pembangkang, kita yakin bahawa menteri cukup pandai dan mampu faham.
"Dia tak payah dedah strategi untuk bawa ke perbicaraan. Kami yakin menteri tahu bagaimana untuk jawab, dan kita merayu kepada Dewan Rakyat supaya jangan mengandaikan menteri tidak berkemampuan untuk menjawab soalan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab persoalan tersebut, Azhar tetap berpandangan bahawa perbahasan di Dewan Rakyat berkemungkinan menyentuh strategi-strategi kerajaan berdepan tuntutan Sultan Sulu.
"Tapi dalam Parlimen, ia jelas dan sebagaimana semalam, kalau subjudis dan pada pendapat saya berkemungkinan mengganggu kepentingan pihak terlibat, maka saya tak boleh benarkan.
"Bukan saya kata kalau kita bincang perkara itu, strategi itu akan diserlahkan. Tetapi maksud saya mungkin ia akan diserlah sebab bila kita bincang dan perbincangan itu adalah terbuka.
"Apa yang pihak Yang Berhormat katakan dan apa pihak Menteri katakan, mungkin akan keluarkan strategi, kritikan... mengapa tak buat begitu begini, (mengapa tidak lakukan) awal lagi dan (sudah) lambat... semua ini strategi. Jadi, atas dasar itu saya menolak (usul)," katanya.
Semalam, Azhar mengulangi pendirian bahawa isu tuntutan waris Sultan Sulu adalah bersifat subjudis dan boleh mendedahkan strategi pasukan perundangan kerajaan kepada pihak lawan.
Beliau berkata, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.
Topic Berkaitan
#tuntutan Sulu
#Dewan Rakyat tolak usul tuntutan Sulu
#Dewan Rakyat
#Perbicaraan tuntutan Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan