NATIONAL
Usul wajib isytihar harta untuk semua Ahli Parlimen pada sesi Dewan Rakyat nanti

Dr Mahathir melambai pada orang ramai selepas merasmikan pameran 'Marvel Studios: Ten Years of Heroes' di Pavilion KL hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Usul mewajibkan semua Ahli Parlimen untuk mengisytihar harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan dibawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia penting kerana tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, kedua-dua pihak mempunyai kemungkinan terlibat dalam aktiviti korupsi.
"Sepatutnya semua akan isytihar harta mereka kerana parti pembangkang pun ada pengaruh, jadi kita tak harus guna pengaruh kita untuk mendapat bayaran.
"Kita bawa lah, sama ada lulus tak lulus, itu soal lain," kata Dr Mahathir ketika ditemui selepas merasmikan pameran 'Marvel Studios: Ten Years of Heroes' di Pavilion KL hari ini.
Pada 14 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan cadangan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) supaya skop Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) turut merangkumi pengisytiharan harta yang akan disertakan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) menteri-menteri.
Sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual berlangsung dari 1 hingga 18 Julai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami