KUALA LUMPUR:Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpandangan bahawa mengusulkan undi percaya terhadap kerajaan Perikatan Nasional ketika ini dapat bantu meluluskan Belanjawan 2021.
Tegas Bekas Menteri Kewangan II itu, isu yang dipertikaikan oleh kebanyakan Ahli Parlimen adalah keyakinan terhadap kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya semata-mata untuk mempolitikkan belanjawan.
“Kali ini, banyak daripada Ahli Parlimen mempertikaikan kejelasan atau ‘absolute majority’ yang ada.
"Itu persoalan dia, bukan lebih kepada tak lulus atau lulus,” kata Johari ketika dihubungi Astro AWANI.
“Untuk selesaikan masalah ini, kalau kerajaan boleh membenarkan undi percaya kepada kerajaan dan meletakkan bila untuk dilakukan undi percaya, saya percaya bajet ini akan diluluskan oleh semua ahli Parlimen.”
Tambah beliau, “Kalau itu kehendak ahli politik, maka kita bawa usul sama ada percaya atau tidak percaya di Parlimen untuk tunjuk kerajaan ini ada kuasa atau tidak.
“Kalau usul undi percaya ini boleh dinaikkan, sebaik sahaja bajet ini diluluskan, kerajaan boleh dapat majoriti.”
Johari turut menjelaskan bahawa isu politik perlu diasingkan daripada kepentingan ekonomi ketika negara masih berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
“Kita tidak boleh mencampuradukkan politik dengan kedudukan ekonomi yang kita berdepan hari ini kerana pandemik. Ekonomi, perjalanan kerajaan perlu berjalan seperti biasa.
Beliau mengulas mengenai persoalan sama ada kerajaan Perikatan Nasional memiliki keyakinan di Parlimen menjelang pengundian Belanjawan 2021 pada 25 November.
Dalam masa sama, Johari berpandangan bahawa tindakan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menarik diri daripada membahaskan Belanjawan 2021 tidak menyalahi keperluan Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau turut berkata bahawa rakyat sentiasa memerhati sama ada ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka atau tidak.
“Rakyat melihat kita semua, sama ada kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli Parlimen terutama dalam isu-isu yang melibatkan kedudukan ekonomi dan kestabilan politik,” kata Johari.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh mendedahkan surat yang dikirim kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun bahawa beliau enggan membahaskan Belanjawan 2021 selagi keabsahan kerajaan Perikatan Nasional masih belum dibuktikan.
Nailah Huda
Mon Nov 23 2020

Johari menjelaskan, isu politik perlu diasingkan daripada kepentingan ekonomi ketika negara masih berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Itu yang disifatkan oleh penyanyi muda, Naim Daniel. Malah, ujarnya, rakyat Malaysia terutamanya pemain industri hiburan perlu terus tabah kerana selepas hujan pasti ada pelangi.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu itu kerana ia amat istimewa buatnya.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

Ringan beban kontraktor, CIDB lanjut Inisiatif PRIHATIN hingga 31 Mac
Keputusan itu dibuat selepas meneliti impak gelombang ketiga wabak COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangkitan baharu COVID-19 menular, China bimbang pergerakan rakyat pada sambutan Tahun Baharu
Pada Isnin, China mencatatkan 118 kes baharu, iaitu bertambah berbanding 109 pada hari sebelumnya.

Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.

COVID-19: Wanita warga Malaysia antara kes baharu dalam komuniti di Singapura
Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.

'Saya okey, seronok duduk di hospital ni' - Nazri Aziz sah dijangkiti COVID-19
Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula petang Isnin.

AWANI Ringkas: Manfaat Hospital Bersepadu MAEPS | Isu kartel daging, lima pegawai MAQIS direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.

Kerajaan memahami kepentingan FDI - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Kerajaan sekarang tidak boleh digantung harap - Anwar
Kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar untuk dipercayai.

RMK-12 perlu jamin ekonomi kalis krisis
Harus memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan sumber ekonomi berbanding hanya bergantung kepada sektor sedia ada.

Hampir RM26 juta untuk pulih pelancongan Perak tahun hadapan
Peruntukan itu termasuk lebih RM10 juta untuk penganjuran program untuk memberi nafas baharu kepada sektor itu yang sangat terkesan ekoran pandemik COVID-19.