awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan khidmat kecemasan, bukan soal pakaian - Dr Dzulkefly

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2023
09:50 MYT
Utamakan khidmat kecemasan, bukan soal pakaian - Dr Dzulkefly
Tangkap layar hantaran Dr Dzulkefly di platform X. - Gambar/ Sinar Harian
BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahukan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED) dipertingkatkan dalam isu saringan terhadap tahap kronik pesakit bukanlah bertumpu kepada pakaian seseorang pesakit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keutamaan akan diberikan berdasarkan tahap kesakitan seseorang pesakit yang hadir bagi mendapatkan rawatan ke hospital.
"Kita mahu peningkatan perkhidmatan kesihatan di ED terkait 'TRIAGING' memberi pesakit, 'triage' berdasarkan 'severity illnesses' dan bukan terkait hal pakaian seseorang pesakit," katanya melalui hantaran di aplikasi X.
Beliau mengulas berhubung isu seorang warga emas yang dilarang melawat pesakit di sebuah hospital kerajaan kerana berseluar pendek.
Ketika itu, lelaki berusia 70-an itu dipercayai memakai baju T, berseluar atas lutut dan berkasut sukan ketika tiba di Hospital Seberang Jaya petang Isnin lalu.
Dalam perkembangan berbeza, Dzulkefly juga mengulas bahawa proses saringan yang didakwa dilakukan selepas lima jam pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) adalah tidak wajar.
"Kematian di HSAH selepas tunggu lima jam untuk 'ditriage', tak wajar berulang," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa KKM akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di HSAH seperti yang ditularkan di media sosial Khamis lalu.
HSAH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus, mengikut prosedur yang telah ditetapkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dr Dzulkefly
#KKM
#Seluar pendek
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan