awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan negara dan rakyat di waktu sukar ini - Nazir Razak

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2015
03:14 MYT
Utamakan negara dan rakyat di waktu sukar ini - Nazir Razak
NAZIR: Bukan atas kepentingan peribadi, bukan ketaatan peribadi dan bukan juga parti politik. - Gambar Fail
Di waktu suasana politik negara dilanda kegelapan, kita seharusnya meletakkan keutamaan kepada negara dan rakyat terlebih dahulu, kata adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak.
Kenyataan itu disiarkan menerusi posting terbaru beliau di laman sosial Instagram peribadinya pada Ahad malam.
Turut diletakkan bersama, gambar Tugu Negara sebagai simbolik kepada perjuangan wira-wira negara.
Instagram
Nazir Razak
“Mereka mengorbankan jiwa untuk membina negara. Dalam waktu dunia politik negara dilanda kegelapan kita seharusnya mendahulukan negara dan rakyat.
“Bukan atas kepentingan peribadi, bukan ketaatan peribadi dan bukan juga parti politik,” kata Nazir dalam catatannya itu.
Minggu lalu, Nazir turut memuat naik posting dengan imej ‘The Truth Next Exit’ dengan kapsyen “saya berharap institusi kita bertindak dengan pantas. Rakyat Malaysia merasa mereka diketepikan kebenaran, menyedihkan dan berpecah belah. Hanya selepas ditemui kebenaran kita akan dapat kembali bersatu.”
Nazir Razak
Instagram
Nazir yang juga, Pengerusi CIMB Holdings Bhd, juga pernah membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial Instagramnya sebelum ini.
Dengan memuat naik gambar audit 1MDB, Nazir mempersoalkan pentadbiran syarikat milik kerajaan GLC atas tindakan syarikat pelaburan negara itu yang masih belum memulakan audit bagi bulan Mac 2015.
Nazir juga akhir-akhir ini turut dikaitkan dengan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang antara lain dikatakan akan memperjuangkan isu-isu berkaitan politik dan sosial negara.
NGO itu juga bertujuan untuk mendekati semua kaum dan menamatkan politik perkauman yang memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Nazir Razak
#tugu negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan