awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2022
10:18 MYT
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Dalam penyerahan memorandum kepada Kerajaan Pusat hari ini Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Artikel 112C dan 112D adalah sebahagian daripada jaminan Perlembagaan yang diberikan kepada Sabah dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Tegasnya, tanpa jaminan itu, Sabah tidak akan bersetuju untuk menyertai pembentukan Malaysia.
"Di bawah Artikel 112C dan 112D, Sabah berhak mendapat geran 40 peratus daripada semua hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah
"Dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, semua isu berkaitan MA63 perlu diselesaikan menjelang 2023 untuk semua rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perpaduan dan kemajuan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah Anifah, Kerajaan Persekutuan tidak membayar hak kepada Sabah sejak 1973, sekali gus menafikan hak negeri itu yang amat diperlukan dari segi pembangunan.
Katanya, kerajaan juga telah gagal untuk mengadakan kajian semula pemberian yang dipersetujui sejak tahun 1974 dengan Kerajaan Negeri melanggar Perlembagaan.
Topic Berkaitan
#Perlembagaan Persekutuan
#MA63
#Anifah Aman
#hak sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan