PUTRAJAYA: Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 1/2024 di sini hari ini, beliau berkata titah Al-Sultan Abdullah pada Majlis Jamuan Negara 27 Jan lepas amat meninggalkan kesan, terutamanya apabila baginda menjadi payung negara sewaktu negara dilanda pandemik COVID-19 dan gelora politik.
Justeru beliau meminta Jabatan Penerangan untuk menerbit dan menyebarluas grafik berkaitan titah baginda kepada masyarakat umum.
"Kita lihat bagaimana Tuanku cukup terkesan, dan pesanan Tuanku agar sentiasa jaga perpaduan. Ini harus menjadi satu perkara yang harus kita utamakan.
"Saya pohon Datuk Sukari (Ketua Pengarah JAPEN Datuk Mohd Sukari Ab Hamid), kita pastikan grafik itu dapat disebarluaskan, bukan hanya sekadar sebaran luas, tetapi (bagi) pemahaman yang mendalam," kata Fahmi.
Pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah yang sebak sehingga menitiskan air mata, bertitah supaya seluruh rakyat Malaysia menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat di negara ini sepenuh hati.
Sementara itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut meminta JAPEN dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk menerbitkan info ringkas sama ada berbentuk video dua minit atau diagram yang memuatkan penjelasan mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) memandangkan ramai masih belum faham mengenainya.
"Kita mesti usahakan agar kita dapat menjelaskan dengan mudah, apakah manfaat besar, apa kebaikannya dan kenapa kita tidak perlu ragu-ragu mengenai sistem PADU... saya mohon supaya perkara ini disegerakan," katanya.
Beliau turut mengarahkan Jabatan Penyiaran Malaysia dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk memuat naik atau mengulang siar inisiatif kerajaan seperti bantuan awal persekolahan dan Sumbangan Tunai Rahmah supaya rakyat mengetahui program sedemikian sedang berjalan.
Sementara itu, Fahmi meminta Bernama selaku pengelola Tabung Kasih@HAWANA (Hari Wartawan Nasional) untuk meneliti sama ada peruntukan RM1 juta yang disalurkan kepada tabung berkenaan sebelum ini mencukupi bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sambutan HAWANA 2023 pada 28 Mei lepas mengumumkan peruntukan permulaan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA.
Sambutan HAWANA 2024 dijadual berlangsung di Sarawak pada Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. - Gambar fail/BERNAMA
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
UMNO kekal junjung titah Agong, beriltizam jaga kebajikan rakyat
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian tersebut termasuk memastikan negara tidak diisytiharkan darurat sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan.
Shafie Apdal sedia beri kerjasama bantu ekonomi negara
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pelaksanaan darurat di negara ini.