awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Utusan perlu jadi khazanah negara - Johan Jaaffar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
23/08/2019
01:06 MYT
Utusan perlu jadi khazanah negara - Johan Jaaffar
JOHAN: Utusan tidak seharusnya menumpukan kepada sensasi politik sahaja, banyak benda yang boleh kita jual. - Astro AWANI
Utusan Malaysia perlu diiktiraf sebagai satu khazanah negara, bukan hanya satu institusi Melayu yang penting, kata Tan Sri Johan Jaaffar.
Menurut Tokoh Wartawan Negara itu, akhbar itu perlu menjadi suara bicara rakyat Malaysia kerana realiti masyarakat sudah berubah, begitu juga dengan tuntutan orang Melayu.
Utusan, kata beliau, perlu mengambil kira perubahan realiti yang berlaku di sekeliling mereka untuk terus kekal relevan.
"Anak-anak muda Melayu sekarang, apa keperluan dia membaca Utusan? Apa keperluan dia membaca surat khabar? Ini persoalan yang kita perlu tanyakan.
"Utusan juga tidak seharusnya menumpukan kepada sensasi politik sahaja, banyak benda yang boleh kita jual," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Utusan tidak boleh harapkan simpati semata-mata - Johan Jaaffar
BACA: Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar
Akhbar harian berbahasa Melayu tertua di negara ini itu, ditubuhkan pada 1939 sebagai Utusan Melayu, dengan penerbitan pertamanya dalam tulisan Jawi dan telah beroperasi selama 80 tahun.
Kumpulan itu baru-baru ini mengumumkan tidak dapat memenuhi keperluan Bursa Malaysia untuk menaikkan status Nota Amalan 17 (PN17) daripada 20 Ogos, 2018, justeru berdepan kemungkinan dinyahsenaraikan daripada bursa tempatan.
Bagaimanapun, Lembaga Pengarah Utusan kemudiannya menafikan desas-desus pasaran bahawa kumpulan itu akan menghentikan operasinya selepas minggu ini dan menegaskan ia akan beroperasi seperti biasa.
Dalam satu pengumuman pada Rabu, syarikat berkenaan mengisytiharkan akan terus beroperasi dan menerbitkan akhbarnya, iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!.
Topic Berkaitan
#anak muda
#Johan Jaaffar
#Kosmo
#Melayu
#sensasi politik
#suara rakyat
#Tokoh Wartawan Negara
#utusan malaysia
#utusan melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan