ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul kedua terbaik dalam kalangan universiti awam dan swasta di Malaysia serta di kedudukan 70 universiti terbaik Asia melalui ranking Times Higher Education World University Rankings (THEWUR) 2023 yang diumumkan pada Rabu.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, dengan lonjakan sebanyak 200 anak tangga, universiti tersebut kini setara dengan University of Denver di Amerika Syarikat, Brunel University di United Kingdom, Victoria University of Wellington di New Zealand dan Murdoch University di Australia yang sama-sama berada di tangga 401-500 dunia.
Menurutnya, peningkatan dalam kategori impak sitasi dilihat ketara di samping penyelidikan dan penampakan pengantarabangsaan berbanding tahun lalu menunjukkan segala strategi yang dilaksanakan melalui Pelan Strategik UUM membuahkan hasil memberangsangkan.
“Kategori penampakan pengantarabangsaan meningkat daripada 315 ke 274 berpunca daripada peningkatan jumlah pelajar dan staf antarabangsa serta aktiviti antarabangsa yang terus melonjak.
“Universiti ini juga membuktikan impak sitasi akademik turut meningkat daripada 883 kepada 660 sekali gus menunjukkan mutu penerbitan, pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap yang membanggakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelasnya, kedudukan UUM dalam ranking dunia turut meningkat berbanding edisi lalu apabila berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga universiti atas usaha keras membantu dalam semua perkara sehingga universiti dapat meningkatkan ranking di peringkat antarabangsa.
“Usaha ini adalah hasil kerjasama semua peringkat warga universiti yang menyumbang tenaga dan idea sehingga kita berjaya mencapai penarafan antarabangsa terbaik setakat ini,” tambah Haim Hilman.
Menurut beliau lagi, THE World University Rankings merupakan penarafan universiti yang berasaskan penyelidikan dan peningkatan dalam kategori ini di samping sitasi menunjukkan UUM juga setara dengan universiti penyelidikan yang lain.
"Pencapaian yang menggembirakan ini merupakan usaha bersama semua warga universiti tanpa mengira peringkat dan sekali gus membuktikan kemampuan kita semua bahawa walaupun UUM merupakan universiti komprehensif dengan fokus kepada pengurusan namun ia bukanlah penghalang untuk memperoleh kejayaan lebih besar," ujar beliau yang berharap semua pihak dapat terus memberikan komitmen yang tinggi.
Bagi edisi terbaharu ini, THE World University Rankings menyenaraikan 1,779 universiti dari 104 buah negara yang merupakan penyenaraian terbesar sejak dilancarkan.
Keputusan terkini kaji selidik THE World University Rankings 2023 boleh dilayari di https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/2023/world-ranking
- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 14 2022

Ia hasil kerjasama semua peringkat warga universiti yang menyumbang tenaga dan idea sehingga UUM berjaya mencapai penarafan antarabangsa terbaik setakat ini, kata Haim Hilman (gambar kecil) - Foto Sinar Harian

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023
Perkara itu selaras dengan tonggak ketiga strategi pertahanan negara yang menekankan perkongsian berwibawa.

Pemain kriket wanita tagih pendedahan antarabangsa
Mereka perlu bersaing di luar negara sekurang-kurangnya sebulan sekali berbanding purata tiga hingga empat kali setahun.

Ribut landa kampus UUM Sintok
Ribut serta hujan lebat melanda kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang ini, menyebabkan beberapa batang pokok tumbang dan merosakkan infrastruktur universiti itu.

UMNO perlu segera bentuk parti mantap selepas pemilihan, tarik semula keyakinan orang Melayu
UMNO perlu bersiap siaga dengan segera membentuk parti yang mantap dan menarik semula keyakinan pengundi Melayu selepas selesai proses pemilihan.

UUM menang pingat emas, anugerah khas TVET menerusi AutoCBOS
AutoCBOS ialah produk yang dihasilkan melalui geran Kecemerlangan Konsortium Penyelidikan (KKP).

Tempoh lantikan Naib Canselor UUM dipendekkan
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hujan lebat 4 jam, perumahan, jalan di UUM Sintok dinaiki air
Air di Sungai Sintok melepasi paras bahaya dan melimpah di kawasan rendah, mengakibatkan dua kawasan perumahan serta Jalan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaiki air.

UUM kedua terbaik negara, 70 terbaik Asia
Kedudukan UUM dalam ranking dunia turut meningkat berbanding edisi lalu apabila berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia.

Tak pernah berhasrat jadi calon PRU15 - Naib Canselor UUM
Menurutnya, proses untuk membangunkan dan memajukan UUM adalah fokus utama beliau ketika ini.

Profesor pemasaran UUM, Norazah tersenarai 2 peratus saintis terbaik dunia
World's Top 2% Scientists itu mengiktiraf mereka yang berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin.

Pengeluaran Khas KWSP: 'Tidak salah guna untuk raya, namun perlu berpada-pada'
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh pengeluaran khas perlu ada sistem pengesanan wang bagi merancang perbelanjaan peribadi mereka dengan lebih baik.

Tiga subjek utama UUM melonjak kedudukan dalam QSWUR 2022
Naib Canselor UUM Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata bidang Sains Sosial dan Pengurusan juga melonjak dari kedudukan 340 ke 251.