awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UUM terima akreditasi AMBA

Hans Yusoff
Hans Yusoff
30/09/2015
00:04 MYT
UUM terima akreditasi AMBA
Sehingga September 2014, 219 sekolah perniagaan pasca-siswazah di 52 negara menerima pengiktirafan AMBA. - Gambar Fail
Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi menempa kejayaan di persada antarabangsa apabila program Sarjana Pentabiran Perniagaan (MBA) di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) menerima akreditasi daripada Association of MBAs, AMBA.
Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pengiktirafan tersebut merupakan kejayaan besar bagi warga UUM dan menjadikan universiti itu sebaris dengan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang lain.
"Ini adalah satu mercu tanda kepada kualiti akademik UUM khusus bagi program MBA yang setanding dengan universiti ternama dunia lain," ujarnya.
UUM pada Selasa telah dihubungi sekretariat AMBA, Katherine O' Flynn bagi memaklumkan pengiktirafan berkenaan.
AMBA merupakan pihak berkuasa antarabangsa untuk pendidikan perniagaan pascasiswazah yang ditubuhkan pada 1967 dan berpusat di London, United Kingdom.
Badan akreditasi itu menyediakan perkhidmatan akreditasi berprestij untuk mengekalkan standard global bagi semua program MBA, Doctor of Business Administration (DBA) dan Master of Business and Management (MBM).
AMBA pada masa ini merupakan satu-satunya persatuan keahlian profesional yang menghubungkan pelajar-pelajar dan graduan MBA, sekolah perniagaan yang diiktiraf dan majikan-majikan MBA di lebih 110 negara.
Sehingga September 2014, 219 sekolah perniagaan pasca-siswazah di 52 negara menerima pengiktirafan AMBA.
Antara universiti yang menerima pengiktirafan tersebut termasuk Judge Business School, University of Cambridge dan Saïd Business School, University of Oxford.
Akreditasi AMBA mewakili standard pencapaian dunia tertinggi dalam pendidikan perniagaan pascasiswazah dan hanya diperolehi oleh program terbaik.
Ia juga mewakili jaminan kualiti kepada semua pemegang taruh termasuk pelajar, institusi pendidikan tinggi, graduan dan majikan.
Topic Berkaitan
#AMBA
#Mohamed Mustafa Ishak
#Othman Yeop Abdullah
#universiti utara malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan