awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin: 1.4 juta diminta lengkapkan maklumat menerusi MySejahtera - Khairy

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
15/03/2021
06:10 MYT
Vaksin: 1.4 juta diminta lengkapkan maklumat menerusi MySejahtera - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu penting bagi memudahkan urusan khususnya dalam membuat janji temu melibatkan pusat pemberian vaksin yang berhampiran. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Seramai 1.4 juta individu yang sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menggunakan aplikasi MySejahtera diminta untuk melengkapkan semula pendaftaran masing-masing.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu penting bagi memudahkan urusan khususnya dalam membuat janji temu melibatkan pusat pemberian vaksin yang berhampiran.
Menurut beliau, MySejahtera berdepan kesukaran untuk untuk melakukan janji temu kerana gagal melengkapkan data seperti menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan memasukkan alamat terkini masing-masing.
“Kami difahamkan, mereka hanya mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan tetapi tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan memasukkan alamat masing-masing, menyebabkan pendaftaran mereka tidak lengkap.
“Alamat ini penting dimasukkan kerana kita akan beri temujanji di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran dengan alamat yang dimasukkan semasa pendaftaran. Kita tidak ambil alamat pada kad pengenalan kerana ramai yang tidak duduk di alamat seperti dalam kad pengenalan,” katanya pada sidang media mingguan PICK di sini, pada Isnin.
1.3 juta telah mendaftar tapi tidak lengkap
Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya akan menghantar peringatan kepada kumpulan tersebut menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) bermula petang ini.
“Kita telah minta MySejahtera untuk kesan mereka yang gagal melengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki dalam aplikasi itu dan menghantar SMS sebagai peringatan agar mereka mengemas kini maklumat masing-masing bermula petang ini.
“Kami berharap agar mereka yang masih belum berbuat demikian untuk terus melengkapkan maklumat berkenaan bagi memudahkan proses pada masa akan datang,” ujarnya.
[TERKINI] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Topic Berkaitan
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan