KAPIT: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kapit menubuhkan 32 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi memastikan proses vaksinasi penduduk di kawasan itu berjalan lancar.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia khususnya melibatkan kawasan pedalaman yang sukar diakses.
Ujarnya 16 pasukan ditubuhkan di Kapit, Bukit Mabong (14), manakala satu unit masing-masing di Song dan Belaga.
Pelan tindakan itu jelasnya akan memanfaatkan kira-kira 17,000 penduduk di bahagian tersebut untuk menerima suntikan vaksin setiap minggu.
“Jika pelan tindakan tersebut berjalan lancar, dianggarkan 16,000 hingga 17,000 penduduk di bahagian Kapit akan menerima suntik vaksin setiap minggu dan proses itu dijangka dapat diselesaikan menjelang Ogos depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan bantuan makanan Sarawakku Sayang di Dataran Kapit pada Khamis.
Mengulas lanjut, kata Abang Johari itu sebagai kesinambungan daripada pembukaan 32 PPV di sekolah-sekolah bahagian itu.
"Selain PPV, unit bergerak PPV akan dioperasikan melalui darat, air dan udara bergantung kepada lokasi dan juga keadaan cuaca yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari aspek logistik,” tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Abang Johari mendedahkan Bahagian Kapit akan menerima 16,680 dos vaksin COVID-19 setiap minggu dalam masa terdekat.
Jumlah itu akan disalurkan ke PPV mengikut daerah termasuk Kapit (8,160) Song (3,680) sementara Asap dan Belaga 4,840 dos vaksin.
Beliau turut diberi taklimat mengenai pelan tindakan yang dilaksanakan oleh JPBBK sekali gus meluluskan peruntukan RM400,000 untuk menaik taraf rumah mayat di Hospital Kapit.
Shafik Ahmad
Thu Jun 10 2021

Jelas Abang Johari, pelan tindakan itu akan memanfaatkan kira-kira 17,000 penduduk di bahagian tersebut untuk menerima suntikan vaksin setiap minggu. FOTO: Astro AWANI
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.
Empat beradik ditinggalkan kini ditempatkan di rumah perlindungan - Exco
Empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, dekat Kampung Gajah baru-baru ini, telah ditetapkan oleh mahkamah untuk ditempatkan di rumah perlindungan hingga masing-masing berusia 18 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu kereta rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri ditahan
Menurut polis, lelaki terbabit yang melarikan diri selepas kejadian telah berjaya ditahan pada 7.45 malam tadi di Jalan Bidara, Selayang.
Tumpuan Khamis - 01 Disember 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (30 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rindu anak cucu, ingin berjemaah di masjid, dorong warga emas mahu segera divaksinasi
Leman Jamal, 73, bersyukur dia akhirnya menerima suntikan dos pertama vaksin itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Dewan Semai Budi, FELDA Kepis di sini, hari ini.

Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli
Perak akan mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak khusus untuk masyarakat Orang Asli di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.