awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
11/06/2022
01:40 MYT
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 atau 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,006,526 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Seramai 16,115,626 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini pula telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,988,429 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,265,576 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 12,226 dos harian diberikan semalam meliputi 1,016 dos pertama, 9,307 dos kedua dan 1,903 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,032,773.
Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,166 kes baharu positif COVID-19 semalam manakala satu kes kematian dicatatkan di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan