awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 72.4 peratus populasi keseluruhan lengkap dua dos

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2021
22:01 MYT
Vaksin COVID-19: 72.4 peratus populasi keseluruhan lengkap dua dos
Bagi populasi dewasa, seramai 22.126 juta individu atau 94.5 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 23.66 juta individu atau 72.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 77.6 peratus atau 25.355 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.126 juta individu atau 94.5 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.
Manakala, 97.4 peratus atau 22.808 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.8 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.9 peratus), Pulau Pinang (97.6 peratus), Perlis (96.5 peratus), Johor (95.8 peratus), Melaka (91.6 peratus), Sarawak (90.9 peratus) dan Terengganu (90.7).
Ini diikuti Kedah (85.7 peratus), Perak (85.3 peratus) dan Pahang (84.2 peratus).
Paling rendah adalah Sabah (72.0 peratus), diikuti Kelantan (77.3 peratus).
Selain itu, seramai 1.533 juta atau 48.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 113,547 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48.944 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#remaja
#dewasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan