KUALA LUMPUR: Seperti sedia maklum, Malaysia telah pun menerima dua jenis vaksin COVID-19 iaitu Pfizer-BioNTech dan terbaru, Sinovac minggu lalu.
Kedua-dua vaksin itu tujuannya adalah untuk mengekang pandemik tersebut daripada terus menular di Malaysia dan ia dilaksanakan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Bagaimanapun, terdapat pelbagai mitos mengenai vaksin tersebar dalam kalangan orang ramai khususnya di media sosial.
Sehubungan itu, Astro AWANI sempat menemu bual Exco Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar dalam ruangan IG Live baru-baru ini bagi menjawab beberapa persoalan;
Antaranya ialah...
1. Vaksin tidak halal?
Tidak perlu ada keraguan terhadap vaksin COVID-19 kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 memutuskan pengambilannya harus dan wajib diambil.
BACA: Vaksin Sinovac selamat dan halal - Duta China
BACA: Perhalusi isu darurat dalam persoalan halal atau haram vaksin COVID-19 - IFFAH
BACA: Pharmaniaga beri jaminan vaksin CoronaVac selamat, berkesan dan halal
BACA: Tak perlu bimbang status vaksin, hukumnya sudah dibincangkan sebaiknya
Memberi contoh, Dr Amirul menjelaskan keraguan terhadap penghasilan vaksin Sinovac mungkin timbul berikutan penggunaan virus yang dibesarkan dalam sel ginjal monyet hijau Afrika.
"Misalnya, sebelum nak matikan virus itu, mereka (saintis) kena ada virus itu sendiri dan ia dibesarkan dalam sel ginjal monyet hijau Afrika.
"Bagaimanapun kita (saintis) tidak ambil sel tersebut... sebaliknya cabut (ambil) daripada sel dan matikan virus seterusnya dijadikan sebagai vaksin," katanya.
2. Penyakit sedia ada akan semakin parah akibat vaksin?
Tidak... sebaliknya vaksin hanya memberi imuniti. Kesan sampingan adalah sama dengan mereka yang tiada penyakit iaitu ruam, demam, sakit-sakit sendi tapi ia tidak berkekalan sebaliknya akan sembuh baik sendiri.
"Namun pesakit kanser dan SLE, buat masa ini tidak boleh menerima suntikan tersebut kerana badan penerima memerlukan imuniti kuat untuk hasilkan antibodi.
"Mereka (pesakit kanser dan SLE) akan dilindungi oleh masyarakat sekeliling yang mendapat vaksin (imuniti kelompok)," katanya.
3. Bilakah masa kita tidak lagi perlukan vaksin?
Kajian konklusif masih belum ada mengenai berapa lama tubuh manusia akan membina ketahanan terhadap COVID-19, namun vaksin perlu diberi kerana ia bukan untuk melindungi diri dalam tempoh panjang tapi untuk menghapuskan wabak.
"Vaksinasi secara beramai-ramai bertujuan memastikan virus itu tidak ada tempat untuk melompat daripada individu kepada individu (imuniti kelompok), jadi secara tidak langsung virus itu akan pupus".
4. Vaksin dapat cegah 100 peratus daripada jangkitan COVID-19?
Dalam bidang perubatan, tiada ubat atau vaksin yang boleh memberi kesembuhan 100 peratus. Malah, demam pun ada yang tidak sembuh selepas seseorang mengambil ubat, memerlukan pesakit berjumpa doktor semula.
"Situasi sama berlaku dengan vaksin ini... keberkesanan Pfizer-BioNTech adalah 95 peratus iaitu kira-kira lima daripada 100 orang didapati tidak develop antibodi yang cukup untuk menangkis serangan virus ini.
"Bukan badan tak bina antibodi langsung tapi mungkin antibodi dia tak cukup... jadi dia mungkin dijangkiti tetapi risiko komplikasi atau kematian jauh lebih rendah. Jadi masih kena ambil vaksin".
5. Kenapa dua jarum?
Guna jarum biru (jarum besar) ketika ambil vaksin dari botol seterusnya tukar pada jarum oren (jarum kecil) untuk suntik pada badan supaya kurang sakit.
"Kena guna jarum yang besar untuk tarik cecair vaksin sebab kalau guna jarum kecil susah nak tarik vaksin (dari botol) yang mempunyai teknologi vakum.
"Selain itu, ia bagi mengelakkan jangkitan silang daripada botol sebab satu botol vaksin itu ada enam dos untuk enam orang berbeza. Kalau tak tukar jarum akan menyebabkan jangkitan kuman".
6. Pandangan terhadap golongan antivaksin...
"Antivaksin tak ramai, lebih kurang lima peratus sahaja tetapi suara mereka sangat lantang dan berpotensi menukar pandangan individu atas pagar untuk menolak vaksin. Ia tak sama dengan golongan menolak vaksin kerana ragu-ragu.
"Kalau tak nak vaksin, itu pilihan anda. Ia bukan kewajipan tapi jangan sebarkan salah faham kerana ia boleh menyebabkan kegagalan program vaksinasi ini seterusnya berpotensi menyebabkan kematian... jadi nyawa orang yang meninggal itu jatuh pada tanggungjawab anda, di akhirat jawablah".
7. Doktor-doktor terlibat dalam kospirasi dan teori vaksin?
"Kita sebagai masyarakat kena yakin dengan langkah kerajaan, tiada unsur konspirasi. Takkan tiada langsung doktor Islam di negara ini tidak takut dengan Allah atau tuhan untuk melibatkan diri dengan Dajjal".
Farhana Joni
Mon Mar 01 2021

Ikuti penjelasan Exco Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Amirul Amzar - Gambar Instagram/ dramirulamzar

Bazar Ramadan: Gagal patuhi SOP, Bazar Tok Adis diarah tutup sementara
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April.

Suami orang dicekup khalwat dengan wanita bujang
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim dalam satu serbuan pada jam 1.54 pagi Sabtu.

AWANI Ringkas: Video promosi judi, JAKIM pandang serius
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15 | Tun M sedia kerjasama dengan mana-mana pihak
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ulangi pendirian sedia bekerjasama dengan mana-mana untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15. Ini termasuk Perikatan Nasional (PN).

PKPD | Beberapa kawasan di Tawau, Kota Bharu dan Bentong
Berkuatkuasa hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua kawasan di Tawau Sabah, dua kawasan di Bentong dan satu kawasan di Kota Bharu. PKPD ini akan dilaksanakan sehingga 30 April.

PKPD | Penduduk rayu diberi kelonggaran
Sementara itu, biarpun akur dengan keputusan kerajaan, penduduk di Tawau merayu kerajaan beri sedikit kelonggaran dalam pelaksanaan PKPD supaya mereka ada ruang menjana pendapatan. Jika tidak, mereka mohon kerajaan terus salurkan bantuan bakul makanan, agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan
Sebanyak 38 laporan polis berkaitan video ini dibuat sebelum polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun yang berlakon dalam iklan berkenaan.

Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja dan bukan pengebumian negara.

'Haiwan misteri' bertenggek di pokok rupa-rupanya....
Pihak berkuasa mendapati 'haiwan' itu bukan seekor burung, jauh sekali haiwan berbisa, sebaliknya ia adalah croissant.

Pelakon Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon popular India, Vivek yang dimasukkan ke Hospital SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung, meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan hari ini (Malaysia 7.05 pagi).

Pelakon Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon popular India, Vivek yang dimasukkan ke Hospital SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung, meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan hari ini (Malaysia 7.05 pagi).

40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan
Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19 dengan kebarangkalian simptom yang tidak teruk.

MAHB catat penyusutan trafik penumpang 76.8 peratus
Rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatkan penurunan sebanyak 76.8 peratus dengan 5.9 juta trafik penumpang bagi suku pertama 2021 disebabkan PKP.

Vaksin COVID-19: Australia catat kematian pertama akibat kes pembekuan darah
Pihak kawal selia vaksin negara itu percaya kematian wanita berusia 48 tahun itu akan kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.

Pelakon popular India, Vivek dimasukkan ke hospital, keadaan kritikal
Pelakon popular India, Vivekanandan atau lebih dikenali sebagai Vivek dimasukkan ke Hospital SIMS di Chennai selepas diserang sakit jantung dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Terima vaksin ketika berpuasa tak jejas kecergasan - Penerima
ASP Mohd Dzaiful berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.

Polis nafi berita tular anggota polis meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19
Polis menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang anggota pasukan itu meninggal dunia selepas mengambil suntikan kedua vaksin COVID-19.

Varian baharu: KKM tunggu data WHO dan CDC keberkesanan vaksin - Dr Adham
Dr Adham berkata, wujud kebimbangan kerana varian berkenaan tidak tunjuk gejala, dan sudah mula berada dalam komuniti

Vaksin COVID-19: KKM sedia percepatkan perolehan CanSino untuk Sarawak - Dr Adham
Kerajaan Persekutuan memahami keperluan vaksin dos tunggal untuk Sarawak, khususnya bagi rakyat yang tinggal di kawasan pendalaman