awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 bawa sinar harapan buat rakyat Malaysia - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
21/02/2021
09:43 MYT
Vaksin COVID-19 bawa sinar harapan buat rakyat Malaysia - Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye bagaimanapun berkata kerajaan perlu memastikan bekalan vaksin mencukupi agar Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar seperti dijadualkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penerimaan kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 hari ini membawa sinaran harapan buat seluruh rakyat Malaysia dalam perjuangan mengekang penularan wabak itu.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye bagaimanapun berkata kerajaan perlu memastikan bekalan vaksin mencukupi agar Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Kerajaan perlu membincangkan perkara ini dengan pengeluar vaksin untuk mengelakkan kekurangan bekalan vaksin negara dan tiada rakyat yang tertinggal dalam pelan imunisasi itu.
"Pelaksanaan pelan imunisasi yang cekap dan lancar penting dalam memastikan tidak berlaku pembaziran dos vaksin," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau turut menekankan kepentingan strategi komunikasi berkesan dalam penyampaian maklumat mengenai vaksin tersebut kepada orang ramai termasuk menangani masalah sebaran berita palsu vaksin COVID-19.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
Lee berkata kegagalan menangani sebaran berita palsu yang berniat menakut-nakutkan rakyat boleh menyebabkan pelaksanaan pelan imunisasi kebangsaan ini terjejas.
Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos selamat tiba apabila pesawat khas yang menerbangkan vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 10.07 pagi tadi.
Sejurus tiba, vaksin berkenaan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin seluruh negara iaitu enam di Selangor, Johor (4), Kuala Lumpur (3), Pulau Pinang (2) dan satu di Putrajaya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19, Rabu ini sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang digerakkan lebih awal daripada jadual asal.
-- BERNAMA
Semua berita vaksin COVID-19
Semua berita vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#vaksin
#Kumpulan pertama
#COVID-19
#sinar harapan
#rakyat Malaysia
#Lee Lam Thye
#Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan