awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Hampir 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
16/05/2022
01:40 MYT
Vaksin COVID-19: Hampir 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,644,027 kanak-kanak atau 46.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,058,626 atau 29.8 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,644,027 kanak-kanak atau 46.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,904,772 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,404 (96.5 peratus) dari kumpulan yang sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam tempoh sama, sejumlah 16,064,239 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,113 (97.6 peratus) telah lengkap dua dos dan 23,246,597 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 23,148 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 9,511 dos pertama, 12,441 dos kedua dan 1,196 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,678,279.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tiga kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan