KUALA LUMPUR : Jumlah vaksinasi harian negara mencatatkan sedikit penurunan dengan 140,573 dos pada Ahad.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), ia membabitkan 116,514 dos pertama manakala selebihnya 24,059 dos kedua.

Menurut JKJAV, jumlah vaksinasi harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 5.815 juta dos.



Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 4.202 juta manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua adalah 1.612 juta.

Negeri yang catat penerima vaksin tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 724,000 dos diikuti Selangor dengan lebih 642,000 dos.



Negeri lain yang catat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan lebih 610,000 dos serta Johor dengan lebih 377,000 dos.