awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024

Bernama
Bernama
15/01/2025
14:18 MYT
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Pelancong asing membelanjakan sejumlah 8.14 trilion yen untuk penginapan, membeli-belah dan perbelanjaan lain pada 2024. - Gambar Reuters/Issei Kato
TOKYO: Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan data kerajaan yang dikeluarkan pada Rabu.
Pelancong asing membelanjakan sejumlah 8.14 trilion yen untuk penginapan, membeli-belah dan perbelanjaan lain pada 2024, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 5.31 trilion yen yang dicatatkan pada 2023, menurut angka awal daripada Agensi Pelancongan Jepun.
Seramai 36.87 juta pelancong asing mengunjungi Jepun pada 2024, dengan peningkatan ini didorong oleh nilai yen yang lemah serta penyambungan semula laluan penerbangan antarabangsa ke Jepun selepas pandemik COVID-19, menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun.
Menurut laporan itu, angka kumulatif dari Januari hingga November tahun lalu sudah pun melepasi rekod tahunan sebelumnya iaitu 31.88 juta pelancong pada 2019, sebelum pandemik.
Kerajaan menyasarkan untuk menarik 60 juta pelawat setahun dan meningkatkan perbelanjaan tahunan mereka kepada 15 trilion yen menjelang 2030, tetapi berdepan isu berkaitan pelancongan berlebihan serta kekurangan tenaga kerja dalam sektor hospitaliti.
Usaha turut dilakukan untuk menarik lebih ramai pengembara mewah serta menggalakkan pelawat melawat kawasan luar bandar dengan memperbaiki akses ke lapangan terbang serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelancongan
#luar bandar
#angka kumulatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan