KUALA LUMPUR: Arab Saudi memberi kepercayaan penuh untuk membuka pintu negaranya kepada Malaysia bagi tujuan pelancongan susulan kadar vaksinasi yang pantas di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini walaupun Malaysia mempunyai kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Perkara itu dikongsikan di laman media sosial Facebook miliknya apabila menerima kunjungan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan di Putrajaya, pada Rabu.
"Di samping itu, keberkesanan vaksin yang memperlihatkan 98.1peratus kes hanya di tahap 1 dan 2 serta kadar kesembuhan 81.37 peratus menzahirkan sistem pengurusan kesihatan Malaysia yang teratur.
"Buat masa ini, Malaysia masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung permohonan visa umrah bagi rakyat Malaysia.
"Saya ingin menyeru untuk umat Islam memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah SWT agar wabak COVID-19 segera pulih agar kita dapat kembali menziarahi Tanah Suci dalam masa terdekat," katanya, pada Rabu.
Zulkifli berkata, hubungan yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi akan terus diperkukuh bagi manfaat kedua-dua buah negara.
"Sumbangan 1 juta dos AstraZeneca dan 4.5 juta unit pelbagai bantuan perubatan daripada Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Muhammad Salman melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre (KSRelief) amat dihargai.
"Hanya Allah SWT yang selayaknya mengganjari Khadimul Haramain al-Syarifain, Putera Mahkota dan Kerajaan Arab Saudi atas bakti ini.
"Alhamdulillah, Mahmoud Hussien memaklumkan kepada saya bahawa mulai 1 Ogos lalu, Arab Saudi membuka pintunya kepada para pelancong daripada 49 buah negara termasuk Malaysia dan ini adalah satu penghormatan dan pengiktirafan kepada sistem pengurusan kesihatan Malaysia," ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Aug 05 2021

Perkara itu dikongsikan di laman media sosial Facebook miliknya apabila menerima kunjungan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan pada Rabu. - Foto Facebook/Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri

Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.

Israel, Sudan bakal meterai perjanjian menormalkan hubungan - Eli Cohen
Israel dan Sudan dijangka menandatangani perjanjian bagi menormalkan hubungan pada tahun ini, kata Menteri Luar Israel Eli Cohen.

Pelatih maut dengan kesan cedera, empat termasuk kakitangan Puspen ditahan - Polis
Polis menahan tiga kakitangan Puspen serta seorang pelatih, kesemuanya berumur antara 30 dan 38 tahun, bagi membantu siasatan.

Sawit | AS sahkan Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Bagi mengulas lanjut kita bersama Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir Ketua Pengarah MPOB.

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berbaloi, ringankan beban golongan sasar
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Jabatan Kastam | JKDM ambil pendekatan berhemah tangani syarikat culas cukai
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil pendekatan berhemah dalam menangani isu syarikat culas bayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan negara terpaksa tanggung kerugian sehingga 150 juta ringgit tahun lalu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia serah watikah pelantikan kepada Presiden Sri Lanka
Badli Hisham antara 17 duta dan pesuruhjaya tinggi yang baharu dilantik ke Sri Lanka yang menyerahkan watikah pelantikan mereka.

Monopoli tiket penerbangan ke Tanah Suci memang wujud, syarikat kecil terpaksa 'melutut' - PAPUH
Sebahagian besar jumlah tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan dibolot oleh beberapa syarikat besar atau pihak ketiga.

Fokus kepada perpaduan, pembangunan rakyat - Hajiji
Hajiji Noor menyeru agar semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

WHO | Julung kali Malaysia Pengerusi Mesyuarat Lembaga Eksekutif
Pertama kali dalam sejarah negara apabila Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Arab Saudi tuan rumah Piala Asia 2027
Ia sekali gus menandakan kejohanan itu diadakan buat kali pertama di Arab Saudi.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Hamidin dipilih Ahli Majlis FIFA
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin diumumkan antara tujuh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2023-2027.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Matta Fair 2023 sasar jana jualan RM400 juta, 250,000 pengunjung
Arab Saudi yang merupakan destinasi pelancongan baharu, menjadi antara sorotan pameran tahun ini.

Arab Saudi benarkan sekolah swasta kurangkan waktu pembelajaran
Arab Saudi membenarkan sekolah swasta dan antarabangsa yang bergabung dengan kerajaan mengurangkan waktu pembelajaran.

Ronaldo gagal bantu Al Nassr
Ronaldo, yang kemarau gol sepanjang dua perlawanan bersama Al Nassr, akan bertandang ke Al Fateh pada 3 Februari depan.

Amitabh Bachchan menang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Arab Saudi
Amitabh Bachchan membawa pulang trofi di Anugerah Joy 2023 atas sumbangannya kepada industri perfileman India.

Arab Saudi lantik 34 wanita sertai barisan kepimpinan di dua masjid suci
Arab Saudi melantik 34 wanita untuk memegang jawatan dalam barisan kepimpinan di dua masjid suci di Makkah dan Madinah, lapor Anadolu.

WEF2023: Arab Saudi 'reform' jadi lebih progresif, ini sebabnya
Wawasan Arab Saudi 2030 yang diperkenalkan oleh Putera Mohamad Bin Salman merupakan titik penting kepada negara itu.