awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 kunci pulihkan ekonomi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/11/2020
09:09 MYT
Vaksin COVID-19 kunci pulihkan ekonomi
Perjanjian vaksin bersama Pfizer dan COVAX serta usaha berterusan memerangi COVID-19 akan membantu negara mengawal sepenuhnya jangkitan virus tersebut.
KUALA LUMPUR :Perjanjian vaksin bersama Pfizer dan COVAX serta usaha berterusan memerangi COVID-19 akan membantu negara mengawal sepenuhnya jangkitan virus tersebut.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis ekonomi negara kita akan pulih sepenuhnya dan rakyat akan dapat menikmati kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
“Di peringkat serantau, saya telah tegaskan semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan APEC baru-baru ini, tentang betapa pentingnya usaha kolaboratif antara negara serantau dalam memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi.
“Semua negara mesti memastikan wujudnya akses yang saksama kepada vaksin COVID-19 di samping terus menyumbang kepada peningkatan aktiviti perdagangan dan pelaburan untuk memulihkan ekonomi pasca COVID-19 dan mewujudkan Kemakmuran Bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden secara maya dalam persidangan itu.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan tidak perlu menolak Belanjawan 2021 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan.
“Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya telah nasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.
“Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah COVID-19. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, apabila pandemik COVID-19 berakhir, kita adakanlah pilihanraya.
“Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PPBM
#Bersatu
#Yang di-Pertuan Agong
#APEC
#Parlimen
#ekonomi
#pilihan raya
#presiden
#pilihan raya umum
#rakyat
#pandemik
#COVID-19
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan