awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lebih 1 juta dos dalam tempoh dua hari

Fareez Azman
Fareez Azman
28/07/2021
01:57 MYT
Vaksin COVID-19: Lebih 1 juta dos dalam tempoh dua hari
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 5,112,057 bagi dos pertama dan 1,831,585 bagi dos kedua. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan kadar tertinggi pada Selasa apabila sejumlah 553,871 dos diberikan.
Daripada jumlah itu, 356,112 adalah dos pertama, manakala 196,759 pula adalah dos kedua, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Twitter hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif rakyat Malaysia yang menerima vaksin meningkat kepada 18,393,347 setakat ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 12,487,441 merupakan penerima dos pertama, atau 38.2 peratus daripada populasi negara.
Manakala penerima yang lengkap dos kedua pula adalah sebanyak 5,905,906 bersamaan 18.1 peratus.
Pada masa sama, 53.3 peratus golongan dewasa di negara ini telah menerima sekurang kurangnya dos pertama, manakala 25.2 peratus lengkap menerima dua dos.
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 5,112,057 bagi dos pertama dan 1,831,585 bagi dos kedua.
Ini diikuti Sarawak sebanyak 1,678,014 dos pertama dan 1,197,746 bagi dos kedua.
Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah satu juta bagi dos pertama dan di bawah 400,000 bagi dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 27 Julai 2021 ialah 18,393,347 dos. 553,871 dos pada 27 Julai, yang tertinggi setakat ini. Jumlah yg terima dos pertama ialah 12,487,441 orang. Daripada jumlah itu, 5,905,906 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/0dPZKTcZGj
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 28, 2021
Topic Berkaitan
#dos pertama
#dos kedua
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#vaksin
#Malaysia
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan