KUALA LUMPUR:Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.
Malaysia akan menerima bekalan vaksin COVID-19 menerusi perjanjian dengan syarikat farmaseutikal dari United Kingdom, AstraZaneca dan syarikat Pfizer dari Amerika Syarikat.
Biarpun kita sudah hampir pasti akan mendapat bekalan vaksin COVID-19 dalam tempoh terdekat ini menerusi perjanjian dua hala itu bagi membendung penularan pandemik, 'suara-suara sumbang' ini dilihat seolah-olah mempertikaikan tindakan kerajaan biarpun ia dilihat sebagai satu langkah terbaik di dalam situasi global yang penuh mencabar ini.
Antara alasan yang sering dilontar dan diulangpakai oleh golongan antivaksin ini terutamanya dalam laman media sosial ialah bahan yang digunakan ketika penghasilan vaksin diambil dari unsur haram untuk umat Islam seperti DNA babi, konspirasi jahat Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengurangkan dan mengawal populasi penduduk dunia, serta pelan billionair Bill Gates untuk menjayakan 'Plandemik'.
Dakwaan-dakwaan berat dikeluarkan golongan ini pastinya sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam hati orang ramai terutama umat Islam, sedangkan kita sedia maklum bahawa Islam melarang umatnya menggunakan benda yang haram.
Ternyata sebenarnya masih ramai orang awam khususnya orang Islam tidak tahu kewujudan kaedah Fiqh Islami yang khusus berkaitan isu penyucian bahan di dalam vaksin yang dikenali sebagai Istihalah dan Istihlak.
APA ITU ISTIHALAH, ISTIHLAK?
Pendakwah bebas Dr Abdul Rahman A. Shukor memberikan penerangan bahawa isu berkaitan penggunaan unsur haram di dalam vaksin telah lama dibincangkan sejak dahulu oleh para agamawan dan ulama, bahkan ia adalah 'settled issue', dengan begitu banyak fatwa tempatan dan antarabangsa yang telah dikeluarkan mengenai vaksin yang boleh dirujuk.
Beliau menjelaskan bahawa konsep Istihalah dan Istihlak turut boleh diaplikasikan di dalam fatwa semasa berkaitan isu kehalalan sesuatu vaksin.
"Istihalah ialah proses semulajadi yang memberikan kesan perubahan hukum (dari haram ke halal) kerana berubah zatnya iaitu bahan dari sumber yang haram yang telah berubah struktur kimia dan ciri fizikalnya kepada suatu unsur dan sifat yang lain, maka hukumnya adalah halal dan suci. Ini pandangan mazhab Hanafi dan dipersetujui oleh ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Wahbah Al-Zuhaili.
"Konsep Istihlak pula ialah bahan haram yang sedikit bercampur dengan bahan yang suci berlipat kali ganda sehingga menghilangkan sifat dan ciri-ciri asal yang terkandung dalam bahan itu. Bahan berkenaan telah rosak sifat dan ciri asalnya, walaupun zatnya masih kekal seperti mencampurkan setitis arak ke dalam air. Istihlak mempunyai kesan hukum sama seperti Istihalah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Beliau, yang juga Penasihat Shariah Institusi Perbankan Islam turut menjelas lanjut, kaedah asal mengikut hukum Islam ialah vaksin jika dihasilkan daripada benda suci dan tidak memudaratkan manusia maka tidak timbul isu syariah mengenainya, di samping ianya harus digunakan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang berjangkit atau wabak yang boleh membawa kepada risiko kematian.
MENJAGA NYAWA LEBIH PENTING
Namun sekiranya vaksin itu mempunyai atau bercampur dengan unsur haram, Dr Abdul Rahman menjelaskan ia telah terbahagi kepada dua kategori hukum.
"Pertama, jika ada vaksin lain yang lebih suci dan diyakini sumbernya, maka tidak boleh digunakan vaksin yang ada unsur haram. Perkara ini menjadi asas dalam fatwa-fatwa mengenai vaksin.
"Kedua, jika tiada vaksin alternatif yang suci tetapi keadaan bersifat darurat bagi menyelamatkan nyawa maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs' adalah di antara objektif syariah. Ini bermakna sesuatu vaksin tidak semudah itu untuk diharuskan tanpa justifikasi yang kuat," katanya.
BACA: Vaksin COVID-19: Hukum pengambilan harus, wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan
Beliau kemudian membawa satu contoh kes yang diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) berhubung hukum menggunakan Vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus, manakala Vaksin Meningococcal Miningitis Momumune yang mengandungi unsur bovine (lembu), porsin (babi) dan avian (itik) adalah haram.
Namun beliau menjelaskan telah terdapat kajian semula terhadap Vaksin Meningitis Momumune dengan menjelaskan formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan vaksin itu yang bebas daripada sumber haiwan, dengan akhirnya Muzakarah MKI memutuskan penggunaannya adalah diharuskan dengan fatwa terdahulu vaksin itu dibatalkan.
"Kita ambil contoh terkini, Malaysia bakal mengimport vaksin COVID-19 daripada syarikat Pfizer. Difahamkan vaksin ini diperbuat daripada mRNA (vaksin yang tidak menggunakan virus hidup dari COVID-19) dan tidak terlibat dengan unsur haram. Keadaan ini melegakan semua pihak. Maka tidak timbul dakwaan vaksin COVID-19 diperbuat daripada unsur haram.
"Lagipun dalam pembuatan vaksin juga telah berlaku penyaringan, penyucian dan pemurnian berulang kali sehingga bahan asal itu tidak dapat dikesan pada peringkat akhir vaksin. Dengan kata lain, unsur asal haram tidak lagi menjadi kandungan bagi vaksin.
"Oleh itu, kita sebagai rakyat negara ini tidak perlu bimbang dengan pelbagai dakwaan tentang terdapat unsur haram dalam vaksin kerana MKI telah mengeluarkan pelbagai fatwa mengenai perkara ini daripada aspek hukum dengan jelas sekali," katanya.
TIDAK TIMBUL ISU HALAL, HARAM VAKSIN
Sementara itu, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utama Malaysia (UUM) Dr Mohd Murshidi Mohd Noor berkata, sebenarnya majoriti ulama kontemporari berpandangan bahawa istihalah dari khinzir masih dibolehkan dengan syarat proses istihalah itu berlaku dengan sempurna dan telah merubah zat asalnya kepada zat yang lain.
"Namun, sekiranya proses istihalah itu diragui akan keberhasilannya seperti proses perubahan zat asal tidak berlaku dengan lengkap, maka ia tidak dibolehkan. Perkara ini bergantung kepada proses istihalah yang berlaku sama ada lengkap atau tidak menerusi ujian makmal. Istihalah itu sendiri bermaksud satu proses perubahan dari satu zat kepada zat yang lain dan perubahan yang berlaku itu mengubah sama sekali sifat asal sesuatu zat.
"Mereka juga berpandangan, keharusan ini sebenarnya bagi memudahkan orang ramai pada masa kini yang menggunakan banyak bahan mengandungi gelatin untuk pemakanan atau perubatan," katanya.
"Lagipun, untuk isu yang terbaru berkaitan vaksin COVID-19, berdasarkan maklumat sedia ada, semua vaksin COVID-19 tidak mengandungi kandungan berunsur porcine (babi) atau bovine (lembu), maka di sini sebenarnya tidaklah timbul vaksin ini tidak boleh digunakan umat Islam," jelasnya.
Dalam pada itu, Dr Mohd Murshidi turut menyokong penuh keputusan yang telah dikeluarkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI yang bersidang pada 3 Dis, 2020 yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
Persetujuan terhadap keputusan ini dengan mengambil kira langkah-langkah yang telah pun diambil dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan sebelum sesuatu ketetapan dikeluarkan.
Dalam kenyataan pada 23 Dis, 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketetapan itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.
HARAPAN UNTUK MALAYSIA
Untuk rekod, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) baru-baru ini memaklumkan bekalan vaksin pertama dijangka diterima negara pada akhir Februari ini dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac.
Program vaksinasi COVID-19 akan berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan dan hampir 27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun hadapan.
Dengan pandemik COVID-19 baru sahaja menyambut 'ulang tahun' pertamanya sejak ia melanda dunia akhir 2019, kita dapati hampir semua orang sudah terbiasa dengan kehidupan normal baharu ditemani pelbagai SOP seperti memakai pelitup muka dan sering mencuci tangan dengan sabun dan sanitiser memandangkan kita masih belum menang perang.
Diharapkan dengan kedatangan bekalan vaksin sekitar suku pertama 2021, ia turut membawa sinar baharu di hujung terowong buat negara Malaysia dalam membendung habis-habisan pandemik ini kerana kes positif harian diumumkan KKM masih lagi mencecah sekitar 2,000 kes dan pastinya terdapat kematian hampir setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

Masih ramai orang awam khususnya orang Islam tidak tahu kewujudan kaedah Fiqh Islami yang khusus berkaitan isu penyucian bahan di dalam vaksin yang dikenali sebagai Istihalah dan Istihlak. - Gambar hiasan

13 motosikal, 1 kereta di ruang parkir terbakar
Sebanyak 13 buah motosikal dan sebuag kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di ruang parkir motosikal di flat Pinang Emas, Batu Ferringhi, Pulau Pinang musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu. Pasukan Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Pulau Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.26 pagi. Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada pukul 4.45pagi.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Sejarah terlakar pada 6 Mac 1986
Sebelum tarikh bersejarah ini, rakyat di dua buah negeri menjadi saksi perkahwinan diraja antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah.

Politik | Memahami dinamika UMNO dan Bersatu
Dinamika hubungan antara UMNO dan Bersatu boleh dilihat berdasarkan grand design atau strategi, bukan atas dasar kesepakatan. Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik, Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat, pendirian UMNO yang seakan-akan bermain tarik tali mungkin berpunca daripada fraction atau kelompok terpisah yang bergerak dalam parti itu.

Politik | Bersatu buat laporan polis tentang mesej tular
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan penyebaran maklumat inti pati mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, bertarikh 4 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook. Dalam satu kenyataan rasmi, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberitahu, segala maklumat terkandung dalam sebaran tersebut tidak benar dan palsu.

Politik | Bersatu lebih stabil
Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik, Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat, situasi UMNO berbeza dengan Bersatu yang nampak lebih kukuh ketika ini, biarpun kekuatan mereka dilihat bukan dari keanggotaan dalam Parlimen.

Projek Naik Taraf | RM1.5 juta modal naik taraf jeti kedua Pulau Pangkor
Kira-kira RM1.5 juta diperuntukkan untuk kerja menaik taraf jeti Sungai Pinang Kecil, bagi persiapan untuk menjadikan ia sebagai jeti kedua selepas jeti Pulau Pangkor.

Politik | Pas bukan 'orang tengah' antara UMNO dan Bersatu
Biarpun begitu, penyatuan Parti Melayu Islam antara UMNO, Bersatu dan Pas, masih mempunyai masa dan ruang untuk diperkemas atau ditambah baik menjelang pilihan raya umum ke 15. Namun, Pas ketika ini dilihat selesa dengan kedudukan mereka dalam Kabinet kerajaan dan ini menjadikan dinamika hubungannya dengan UMNO serta bersatu sedikit berbeza.

PM Muhyiddin bertolak ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan rasmi
Muhyiddin berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci.

Strok Haba | Elakkan terdedah kepada panas terik
Cuaca panas yang melanda ketika ini berikutan fasa akhir Monsun Timur Laut boleh menyebabkan berlakunya strok haba jika terdedah kepada panas terik.

Pendidikan | Seramai 1,779 pelajar UUM kembali ke kampus
Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kemasukan semula 1779 pelajar ke kampus secara fizikal bermula Jumaat secara berperingkat selepas beberapa pertimbangan dibuat berdasarkan perkembangan semasa penularan pandemik COVID-19.

PM Muhyiddin bertolak ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan rasmi
Muhyiddin berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci.

PRU antara Jun dan Julai? Pendakwaan lebih keras ke atas pemimpin UMNO? - Ini jawapan Hamzah Zainuddin
Benarkah PRU15 akan diadakan sekitar Jun dan Julai? Sejauh mana kebenaran tuduhan hukuman lebih keras ke atas pemimpin kanan UMNO?

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Majlis Presiden PH kecam agensi kerajaan digunakan sebagai senjata politik
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan

PN yakin jalinan kerjasama dengan UMNO Perlis kekal - Shukri
Mohd Shukri Ramli menjelaskan perkembangan positif juga telah ditonjolkan kedua-dua belah pihak terutama membabitkan persiapan dalam menghadapi PRU15 nanti.

Jangan pilih jenama dan persoal jenis vaksin COVID-19 yang diterima - Muhyiddin
Rakyat tidak perlu khuatir mengenai apa juga jenama vaksin COVID-19 yang akan digunakan dalam program imunisasi di negara ini kerana semuanya sudah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Terima jemputan Raja Salman, Muhyiddin bakal adakan lawatan ke Arab Saudi
Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan delegasi dari PMO dan Wisma Putra

Muhyiddin zahir harapan gabungan parti Melayu terus kekal abadi
Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan harapan agar gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal abadi dan utuh sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerajaan PN perlu belajar dari kesilapan pentadbiran PH - Exco Pemuda UMNO
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengelak daripada terus mengundang kemarahan rakyat meskipun genap setahun mentadbir negara.

Raja Perlis berkenan menerima menghadap Muhyiddin
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.