KUALA LUMPUR: Perasaan gembira, sedih dan bangga, serta pengalaman berharga bercampur baur bagi petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang secara rasminya ditutup semalam, selepas 150 hari beroperasi sejak 5 Mei lepas.
Pengurus PPV WTC dan Lembah Klang Dr Husni Za'eem Abdul Hadi, 35, berkata PPV Mega itu yang khusus dalam memberi vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca, melalui cabarannya tersendiri dalam melaksanakan proses vaksinasi kepada rakyat di negara ini.
Beliau berkata menguruskan pemberian sejumlah 18,000 dos vaksin sehari merupakan antara pengalaman berharga yang beliau tidak akan lupakan.
"Kami juga hadapi cabaran melibatkan orang ramai yang hadir di sini dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan pengawalan khalayak. Ini kerana kami pernah menguruskan sejumlah 18,000 dos vaksin dalam tempoh sehari," katanya ketika ditemui di PPV WTC di sini.
Dr Husni Za'eem turut berkongsi rasa gembira atas kejayaan PPV Mega tersebut dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi, di samping menjadi panduan pada masa akan datang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
"Saya rasa gembira apabila semua berjalan lancar dan kira-kira 1.3 juta individu telah menerima suntikan vaksin di sini. Kita cuba meminimakan kesilapan, dan maklumat yang kita perolehi ini juga akan dijadikan panduan serta rujukan, untuk kita lebih bersedia berhadapan dengan cabaran pada masa hadapan," katanya.
Penolong Pegawai Perubatan PPV WTC Mohd Hazani Hassim, 40, turut berkongsi pengalaman di PPV tersebut sepanjang tempoh beliau bertugas, berhadapan dengan individu yang mempunyai pelbagai ragam.
"Memang mencabar sepanjang saya bertugas di sini, ada individu yang perli dengan menyoal saya sama ada picagari itu diisi air, ada juga yang tidak patuh pada SOP dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kami di sini terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi," katanya yang berkhidmat selama 18 tahun dalam sektor perkhidmatan awam.
Sementara itu, Ketua Platun RELA Salmiah Umar, 55, berkata beliau bersyukur proses vaksinasi telah dilaksanakan dengan jayanya, sepanjang tempoh PPV itu beroperasi.
"Perasaan saya bercampur baur, ada masa gembira dan sebaliknya. Saya bersyukur dan gembira melihat penerima yang hadir di sini menerima suntikan vaksin," katanya yang turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP, meskipun sudah lengkap menerima suntikan bagi melindungi diri serta masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
PPV WTC yang secara rasminya ditutup pada Ahad, selepas 150 hari beroperasi sejak 5 Mei lepas. - Foto fail/BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.