awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: SOP lengkap dos penggalak tunai solat Jumaat hanya terpakai di Selangor

Bernama
Bernama
27/02/2022
04:29 MYT
Vaksin COVID-19: SOP lengkap dos penggalak tunai solat Jumaat hanya terpakai di Selangor
SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunai solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
"Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.
"Jakim menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak COVID-19 mencapai matlamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor melalui surat pekeliling bertarikh 21 Feb lepas menetapkan syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan Solat Jumaat bermula 25 Feb.
BACA: Wajib lengkap 2 dos vaksin, penggalak hadir solat Jumaat di masjid seluruh Selangor
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos penggalak
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan