BUAT warga Selangor, bermula 25 Februari ini, hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.
Itu berikutan ketetapan terkini yang diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musolla negeri itu.
Langkah itu sejajar arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard di masjid, surau dan musolla di Selangor dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.
Ketetapan surat edaran bertarikh 21 Februari itu menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, berkenan mengekalkan ketetapan solat Jumaat, solat lima waktu dan program pengimarahan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ia menjelaskan mengenai Ketetapan Baru Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat Dengan Kapasiti Penuh Serta Penjarakan Fizikal 1.0 Meter Antara Jemaah Di Semua Masjid, Surau Kebenaran Solat Jumaat Di Selangor.
Bagaimanapun, susulan perkembangan terkini penularan COVID-19 dan kebimbangan baginda akan berlaku situasi lebih buruk dan menjejaskan aktiviti di masjid, surau dan musolla semasa dan selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, baginda berkenan agar pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor mempertingkatkan penguatkuasaan.
"Antara perkara yang ditekankan dalam edaran itu adalah jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak (booster) dibenarkan hadir bagi menunaikan solat Jumaat.
"Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter.
"Selain itu, jemaah perlu mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia kala iaitu sihat dan tidak bergejala, memakai pelitup muka, membawa sejadah besar dan berwuduk, selain mempamerkan dan merekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera," menurut edaran itu.
Selain itu, pengurusan juga perlu memastikan vantilasi ruang solat berhawa dingin dengan membuka sebahagian pintu dewan solat utama masjid, surau dan musolla bagi memastikan tidak berlaku kitaran peredaran udara tepu yang memungkinkan penularan lebih mudah berlaku.
Dalam pada itu, pengurusan juga perlu memastikan sanitasi dibuat secara berjadual, khususnya sebelum dan selepas solat atau majlis membabitkan penyertaan jemaah yang ramai.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 23 2022

Pihak masjid juga perlu memastikan penandaan kedudukan jemaah dilakukan dengan jelas di ruang dewan solat utama dan ruang limpah masjid, surau dan musolla berdasarkan penjarakan fizikal 1.0 meter. - Gambar hiasan

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Institusi Diraja memayungi rakyat dengan keadilan, kebijaksanaan - Khutbah khas
Institusi Diraja telah memayungi rakyat Malaysia dengan keadilan dan kebijaksanaan dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Haram lakukan jual beli secara dalam talian ketika solat Jumaat
Konteksnya adalah sama seperti larangan syarak terhadap melakukan transaksi jual beli biasa dan seumpamanya yang boleh melalaikan.

Serangan bom: Lebih 50 terbunuh menjelang Aidilfitri di Kabul
SERANGAN BOM : LEBIH 50 TERBUNUH MENJELANG AIDILFITRI DI KABUL

Israel larang lelaki Palestin berumur 12-40 tahun solat Jumaat di Masjid al-Aqsa
Lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu.

Kebenaran 'rapat saf', jemaah bersyukur suasana di masjid, surau kembali seperti dahulu
Suasana di masjid dan surau menyentuh hati umat Islam yang menunaikan solat Jumaat hari ini.

Solat berjemaah di surau, masjid di Perak tanpa jarak fizikal mulai 1 April - Sultan Nazrin
Mulai solat Subuh 1 April, solat fardu, Jumaat dan jenazah boleh dilaksanakan tanpa jarak fizikal dengan bilangan jemaah yang dibenarkan mengikuti keluasan ruang masjid atau surau.

Hampir 100 jemaah redah banjir tunai solat Jumaat di Tumpat
Hampir 100 jemaah meredah banjir atau menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Simpangan Hilir.

Idris hormati keputusan Selangor tetapkan SOP solat Jumaat di masjid, surau
Keputusan itu ditentukan Majlis Agama Islam Negeri dan bukan diarah oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Vaksin COVID-19: SOP lengkap dos penggalak tunai solat Jumaat hanya terpakai di Selangor
SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama.

Polis siasat video tular anggota pantau SOP solat Jumaat
Abd Khalid berkata, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video berkenaan.