MALAYSIA
Vaksin COVID-19: Suntikan harian 519,111 dos, jumlah kumulatif cecah 20.53 juta

Enam negeri mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian suntikan harian vaksin COVID-19 merekodkan 519,111 dos, pada Sabtu.
Suntikan pertama merekodkan 316,492 dos manakala suntikan kedua 202,619 dos.
Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara sebanyak 20,533,660 dos keseluruhan.
Enam negeri mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa iaitu Lembah Klang (92.7 peratus), Labuan (91.3 peratus), Sarawak (83.6 peratus), Negeri Sembilan (71.7 peratus), Perlis (61.3 peratus) dan Pulau Pinang (55.3 peratus).
Daripada jumlah itu sebanyak 13,816,971 (59 peratus) bagi dos pertama manakala 6,716,689 (28.7 peratus) bagi dos kedua mengikut populasi dewasa.
Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 80.3 peratus dan 63.7 peratus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami