awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: CITF-A mohon maaf isu picagari kosong

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/10/2021
02:33 MYT
Vaksin COVID-19: CITF-A mohon maaf isu picagari kosong
Dr Noor Azmi berkata, petugas tersebut tersalah mengambil picagari kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja itu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) memohon maaf kepada ibu bapa dan remaja berusia 12 tahun susulan petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil picagari kosong.
Menurut Pengerusinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, petugas kesihatan berkenaan telah diberikan amaran untuk lebih berhati-hati dan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
Beliau berkata, prosedur dalaman juga telah ditambah baik dengan memastikan tiada picagari lain di ruangan meja yang sama ketika memberikan suntikan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Timbalan Menteri Kesihatan I itu menjelaskan, kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM), pada Rabu lalu.
"Picagari kosong dan masih belum digunakan itu diletakkan di ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin.
"Petugas kesihatan itu mengikut prosedur ditetapkan seperti menunjukkan vaksin dikeluarkan daripada botol vaksin melalui picagari dan menunjukkan picagari berisi vaksin dengan dos sepatutnya kepada ibu remaja berkenaan.
"Bagaimanapun, petugas kesihatan itu meletakkan sebentar picagari terbabit di atas meja untuk melakukan proses nyahkuman di lengan remaja sebelum memberikan suntikan, selepas menunjukkan picagari berisi vaksin," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi berkata, petugas tersebut tersalah mengambil picagari kosong dan membuat suntikan ke lengan remaja itu.
Jelasnya, perkara berkenaan telah disedari sendiri petugas kesihatan itu dan memaklumkan kepada pegawai perubatan bertugas di PPV UM.
Justeru itu, kedua-dua mereka segera mengadakan perbincangan dengan ibu bapa remaja itu dan selepas memahami penjelasan diberikan, ibu bapa remaja berkenaan memberi kebenaran untuk remaja terbabit diberikan suntikan vaksin di lengan berlainan mengikut Prosedur Dos Kurang.
"Prosedur Dos Kurang adalah garis panduan klinikal yang mencadangkan pemberian vaksin di lengan berlawanan jika dos pertama dianggap tidak mencukupi dan dos semula diperlukan," jelasnya.
Dalam kejadian jam 3.16 petang Rabu lalu, petugas kesihatan itu dikatakan tersalah ambil satu picagari kosong dari ruangan meja sama dengan picagari berisi vaksin bagi proses vaksinasi seorang remaja berusia 12 tahun.
Topic Berkaitan
#suntikan
#vaksin
#COVID-19
#Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan