awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Dasar 'walk in' dos penggalak diumum petang ini

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2021
04:35 MYT
Vaksin COVID-19: Dasar 'walk in' dos penggalak diumum petang ini
Khairy Jamaluddin berkata isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) yang akan dipengerusikan beliau petang ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai dasar 'walk in' atau datang terus bagi mendapatkan suntikan dos penggalak hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) yang akan dipengerusikan beliau petang ini.
"Pengumuman antara lain bakal menyentuh mekanisme dan syarat bagi individu yang ingin hadir secara terus ke pusat pemberian vaksin untuk mendapatkan suntikan penggalak.
"Petang ini saya akan pengerusikan mesyuarat CITF-B dan keputusan akan diumumkan hari ini mengenai kemudahan 'walk in'," katanya pada sidang media selepas melancarkan Destinasi Rawatan untuk Hepatitis C, sempena InsigHT2021 hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (MHTC), Mohd Daud Mohd Arif.
Pada Khamis lalu, Khairy berkata sebanyak 40 peratus golongan sasaran yang diberikan janji temu untuk mendapatkan pelalian dos penggalak vaksin COVID-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing.
Situasi berkenaan jelas menimbulkan kebimbangan kerana jumlah kehadiran penerima untuk dos pertama dan kedua vaksin, sebelum ini menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih tinggi iaitu 95 peratus.
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#vaksin COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan