awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Hampir 70 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2021
00:56 MYT
Vaksin COVID-19: Hampir 70 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Seramai 68.8 peratus, atau 16.1 juta penduduk dewasa sudah lengkap menerima dua dos vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 6 September adalah 313,751 dos.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di medial sosial memaklumkan, daripada jumlah itu 132,640 adalah penerima dos pertama.
Manakala 181,111 adalah penerima dos kedua.
Johor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 29,000 dos bagi dos pertama dan lebih 27,000 dos kedua.
Ini diikuti Sabah, dengan lebih 11,000 dos pertama manakala dos kedua pula melebihi 27,000.
Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 6 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/BEAgZP4XyB
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 7, 2021
Turut mencatat angka memberangsangkan ialah Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Laporan harian vaksinasi itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksinasi kini sebanyak 36,745,313 dos.
Secara keseluruhannya, 88.3 peratus atau kira-kira 20.67 juta penduduk dewasa negara ini sudah menerima satu dos vaksin, manakala 68.8 peratus atau 16.1 juta penduduk dewasa sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
Peratusan terkini vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 6 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/hYw55wFCOB
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 7, 2021
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#dos pertama
#dos kedua
#Johor
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan