awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 jenis sedut: Malaysia sedang lakukan ujian klinikal

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2022
03:50 MYT
Vaksin COVID-19 jenis sedut: Malaysia sedang lakukan ujian klinikal
Seorang petugas kesihatan memberikan vaksin COVID-19 keluaran CanSino Biologics Inc kepada seorang wanita di Shanghai. - Foto AP
KUALA LUMPUR : Ujian klinikal bagi vaksin COVID-19 menggunakan kaedah sedut melalui mulut sedang dijalankan di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sekiranya ujian klinikal tersebut berjaya, ia mungkin akan dilaksankan di negara ini.
"Kami sedang menjalankan ujian klinikal bagi vaksin COVID-19 keluaran CanSino di Malaysia.
"Malah CanSino adalah salah satu syarikat pengeluar portfolio vaksin di Malaysia, jadi sekiranya ia terbukti berkesan, kami akan mempertimbangkan pengunaannya," katanya ditemui media selepas Majlis Perasmian Commonwealth 4th Global Wound Conference 2022 di Petaling Jaya pada Jumaat.
Jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meniliti perkembangan semasa COVID-19 dan akan memaklumkan kepada umum dalam masa terdekat.
Untuk rekod, baru-baru ini CanSino Biologics mengumumkan pengawal selia China telah meluluskan versi sedut bagi vaksin COVID-19 oleh syarikat itu, digunakan sebagai dos penggalak.
Syarikat itu menunjukkan keputusan awal kajian yang mencadangkan versi sedut terbabit dapat mempertingkatkan perlindungan imun selepas satu sedutan.
Namun buat masa ini, belum jelas sama ada ia bermaksud keberkesanan yang lebih baik ataupun bila pemberian dos penggalak melalui kaedah sedut itu akan dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dos penggalak
#Khairy Jamaluddin
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan