awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Suntikan harian 217,807 dos, keseluruhan 8.8 juta

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2021
03:20 MYT
Vaksin COVID-19: Suntikan harian 217,807 dos, keseluruhan 8.8 juta
Lebih 6.26 juta dos atau 19.2 peratus bagi suntikan pertama manakala 2.53 juta dos atau 7.8 peratus untuk suntikan kedua telah diberikan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 3 Julai adalah 217,807 dos.
Angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya iaitu 236,196 dos.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Baksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu, 141,140 adalah penerima dos pertama.
Manakala 76,667 adalah penerima dos kedua.
Ini menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 8.80 juta sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.
Lebih 6.26 juta dos atau 19.2 peratus bagi suntikan pertama manakala 2.53 juta dos atau 7.8 peratus untuk suntikan kedua telah diberikan.
Jumlah pemberian vaksin pada 3 Julai Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/qSF3lJYDdb
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 4, 2021
Perkembangan ini semakin menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.
Namun, jangkaan sasaran melebihi 300,000 dos suntikan harian bermula Julai masih belum terlaksana.
Dalam pada itu, data yang dikongsikan turut menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal mencatat kadar penerima dos pertama yang tertinggi dengan 1.12 juta individu atau 63.4 peratus daripada populasinya.
Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 3 Julai Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/ApHNcT7UGJ
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 4, 2021
Ia disusuli Sarawak (1.17/41.8 peratus), Putrajaya (42,727/38.8 peratus), Labuan (36,065/36.2 peratus), Perlis (68,965/27.1 peratus), Pulau Pinang (321,838/18.1peratus) dan Negeri Sembilan (200,396/17.8 peratus).
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#dos pertama
#dos kedua
#PICK
#Negeri Sembilan
#nilai
#COVID-19
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan